Sunday, November 25, 2012

Ujian itu TARBIYAH ALLAH


Salam penghulu cinta kepada kekasihku Nabi Muhammad...Belajar menyemai cinta pada maksud yang sebenar. Jika engkau(hamba) cinta Aku maka ikutilah Aku(Nabi Muhammad)

kata hamba faqir untukku:
Kita hendaklah mencintai Allah yang di dahului. Kita kenal, cinta, kasih dan sayang kepada kekasihnya iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Baru kita dapat dan kasih sayang Allah dengan sebenar- benarnya.


Subhanallah. Nangis teresak-esak diri kali ni. Sakitnya sangat terasa. Ya Allah.
TarbiyahMu kali ini merasakan tenang selepas nangis. Nangis ku bukan menyalahi takdir. Tapi jiwaku yang terkesan sebuah nilaian dalam kehidupan. Kerana aku hamba yang lemah yang sentiasa memohon pertolonganNya.

Jangan ikutkan hati bila masalah melanda. Nanti hati rosak, badan rosan dan seterusnya amalan rosak. Berhati- hati dalam setiap apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang manis. Melaluinya sangat perit tapi ingat, tersimpul hikmah yang punya sejuta rahsia hadiah dari Allah.

Boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan pada pandangan Allah itu tidak baik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
al-kisah tentang seseorang(tak boleh bagitahu tentang orangnya, mereka pasangan yang akan di akad nikahkan tak lama lagi)-----seiman menuju mardhatillah-----

SYURGA KAHWIN MEREKA TERLETAK PADA PUNCAK SYURGA DENGAN TUJUAN UTAMA DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH!! ----Allahuakbar------



Si tunang lelaki tak pernah berborak dengan tunangnya walaupun si tunangnya pernah bertandang ke runah tunangnya. Perisai iman menjadi aturan mereka sementelah menanti halal. Hanya air tangan masakan tunangnya sahaja bahasa komunikasi antara 2 pasangan yang bakal di ijab kabulkan tak lama lagi.

Si Lelaki ini hanya mampu melihat tunangnya dari jauh sahaja dan senyuman tunangnya sahaja yang hanya dapat di lihat di rumahnya bersama ibu bapanya. Tidak pernah sekalipun dia membawa tunangnya berjalan berdua- duaan apatah lagi berborak. Hadiah pun jarang di beri kerana menunggu kemanisan yang ada di saat setelah halal.

Hampir setahun tempoh ikatan mereka.

Satu hari di waktu si tunang(lelaki) mesej kepada tunangnya.

A : Salam wahai bakal ummi kepada anak-anakku. Saya nak tanya satu soalan kat awak ni.
      Bolehkan awak?

B : Salam wahai pejuang agama dalam menegakkan agama Allah. Boleh, silakan.

A :  Awak boleh tak hidup tanpa saya?

B : (tiba-tiba mendiamkan diri).

A : Awak

A : Awak, mati itu satu kepastian.

Lama tunangnya tak balas mesej tunangnya. Rupa- rupanya tunangnya menangis kerana telah terbit sayang dalam dirinya. Kerana Allah mereka di ikat menjadi satu ikatan menuju halal. Pertemuan mereka atas takdir Allah dengan persetujuan ke dua belah pihak yang menyatukan mereka menjadi satu ikatan. Hingga saat ini, mereka hanya berbalas mesej sahaja tanpa pertemuan yang maksud sebenar.

monolog hati tunangnya dengan kata- kata tunangnya.

" Allah. Aku menyedari hakikat kematian. Ya Allah, tunangku adalah pinjaman dariMu. Aku redha. Ya Allah, izinkan aku menjadi isterinya dan lahirkan zuriat untuknya walau sementara. Aku ingin lahirkan benih pejuang agama untuknya."

Tak lama selepas 4 jam dia bergelut dengan perasaan dan berdoa. Barulah dia membalas mesej kepada tunangnya.

B : Ya awak. saya mengakui hakikat itu.

A : Awak, nanti saya dah tak ada awak cari pengganti ye.

B : Kenapa saya kena cari pengganti? Tak nak lah saya. Kalau saya cari pengganti, saya dah
      tak jumpa awak kat akhirat nanti. :(

Makin tersedu nangis tunangnya. Kenapa kena cari pengganti?

A : Awak, kita kan orang yang di tarbiyah. Saya nak awak teruskan jalan dakwah ni dengan
      ada pembimbing di sisi awak. Saya tak nak awak bersendirian. Untuk anak- anak kita
      juga nanti ( jika saya ada kesempatan mempunyai anak-anak bersama awak). Saya
      tak nak tarbiyah yang dalam diri awak hilang macam tu je. Saya ikhlaskan diri untuk
      awak.





                                                              25/11/2012---
                                             NURUL ADIBAH BINTI RAHMAT
                                             hasil nukilan di ilhamkan dari Allah





Saturday, November 24, 2012

Hati Teruji kerana manusia

hati benar-benar teruji dengan kerenah dan ragam manusia.

I'm really miss you mom and dad. Aku beri laluan untuk kalian sahabat, tapi ini yang aku dapat.

kesabaran aku teruji. Tahu tak aku rindu sangat2 kat family. dah dekat sebulan tak balik. jarang aku tak balik. kerinduan tu buat aku makin lama makin lemah tahu tak.

aku dah burn majlis kawin sepupu aku kerana sahabat. Siapa aku untuk kalian?

senang-senang nak tinggal dan cancel..siapa aku?

aku hamba Allah juga..manusia yang lemah.


I'M REALLY LOST NOW. tak tau nak cari sape minta tolong.

se "lost" aku....Allah ada. Allah bantu hambaMu ini. Hadirkan insan yang nilai terpuji untukku. Ubahkan hati mereka kearah kebaikan bukan manfaat semata. Hanya Kau yang layak mengubahnya. Allah, aku hambaMu yang lemah. Tak terdaya nilaian ku sekarang.

Ya Allah, jika ini takdir untukku. Aku redha. Tapi hambaMu ini lemah.

Aku takut perkataan ni menjadi kenyataan:

"bila kita lost, cari org yg blh tlg kita, dont be alone..u will lost forever" 



pengorbanan kah ini namanya?
 pengorbanan menjadi titik tolak untuk kita maju terus kehadapan...


MAKA KU LEPASKAN DIRI UNTUK MANUSIA KU KEMBALIKAN DIRI HANYA UNTUK-MU YA ALLAH. SE MOGA PILIHAN KU KALI INI ADALAH TANDA PERINGATAN DAN CINTA YANG KAU INGIN TARIK KE KEMBALI KE DALAM MENILAI MUJAHADAHKU DALAM SEGENAP ASPEK.


akhirnya dalam pahit ada manis, boleh jadi sekarang pahit untukku. insyaallah masa akan datang manis untukku. 

Insyaallah, aku redha dalam perjalanan ini. Mohon kekuatan dariMu ya Allah. Tersenyum bahagia ia ujian untukku kali ni. Walaupun deraian jernih acap kali tumpah. Kali ni, aku dah ikhlaskan aku redha. Aku redha ya Allah bila ini takdir untukku.

I'M NOT LOST. I HAVE ALLAH..........:)

for human, nama as firend, semoga pengajaran ini, aku tetapkan kalian untuk kerana Allah. Ini ujian untukku apabila kesabaran teruji. Mesti ada something Allah nak tunjukkan. Segalanya berlaku kerana sebab. Allah berkuasa atas segalanya. :)


Inilah jalanku, moga kekuatan kembali bertamu. Istrikharah hati menuju perjalanan ukhrawi.
Simpan hati bukan kerana dendam, simpan hati kerana itulah yang terbaik.

 Tinggal beberapa bulan sahaja lagi exam. Moga hatiku kuat dan di elakkan sebarang bencana dan aku mencari ketenangan di sebalik dalam ad-deen Islam dengan jazam with aqidahku.

Moga aqidah ku tak tersasar dek kerana ujian. Aku redha ya Allah. Aku Redha. Aku Redha.

segala yang berlaku pasti ada sebab. semua itu adalah sunnatullah.

( ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi a'la diinika wa'ala thoa'tik)



Sunday, November 18, 2012

Friday, November 16, 2012

Ada Apa Pada Nama?

Bismillah salam penghulu hari di waktu subuh...kali pertama menge'post' di subuh hari. Terdetik untuk menghurai takwilan. Seawal 4.30 pagi sudah bangun kerana lenanya dalam dakapan "mati sementara' dengan bila badan penat dan makan ubat. Tidur terasa nyenyak. Hadiah Ilahi untuk hambaMu ini yang bermujahadah menuntut ilmu dan di bangunkan untuk menemuiMu.


Doa yang sering ku amalkan dari huraian ijazah sanad dari pndok tempat yang ku telah pelajari walaupun hanya 2 minggu ku rasakan kepekatan CINTA YANG DAMAI. PONDOK PASIR TUMBOH.  Di situ ku tadah pengajian kitab yang penuh ketenangan selama ini. Yang tidak pernah di rasai sebagai penuntut ilmu dengan maksud yang sebenar dari situ. Allah. Kau titipkan cinta yang indah. Cinta dalam huraian sebuah hati yang dahagakan ilmu di parteri dengan makna yang sebenar. Pengganti jiwa yang penuh kerinduan di bumi kinanah. Duhai BUMI KINANAH,seringkali meragut jiwaku hingga tak keruan.


Friday, November 9, 2012

SELEMBUT MARSHMALLOW


Ku hulurkan pada sambutan awal dengan ucapan bismillahirrahmaanirrahim.......

Selembut marshmallow pada kunyahan

Melembutkan hati yang di pateri

Adunan iman dan amal yang di hasilkan

Mencambah pada sukatan iman pada hati.

Friday, October 26, 2012

AKU CINTA PADAMU YA RASULULLAH



"Aku CINTA Padamu Ya Rasulullah"


Wahai purnama yang indah,
Benderang tanah suci saat kelahiranmu,
Engkau kekasih Allah yang di cinta,
Lahirmu membawa utusan risalah kebenaran.
Subhanallah duhai khotam Nubuwwah,
Nabiyuna Nabi Muhammad...ya syariful insan fid dunia.



Saturday, May 5, 2012

CINTA NABI

mencintai dalam keadaan maha Besar dalam naungan Cinta Jazza Wata'ala......mungkinkah iman yang bersemayam sejak lahir telah sahih imannya???


bagaimana dengan dalam hayunan i'tiqad yang kita persembahkan melahirkan ketaqwaan dan keyakinan yang syumul???


Friday, March 23, 2012

GEN NOBEL KAHFI 2

CERPEN
GEN NOBEL KAHFI 2
Oleh Nurul Adibah Rahmat






Berdakwah itu,
Bukan sahaja yang bercakap kat depan tv je,
Atau jadi ustaz ustazah je.
Nasihat kawan pun dakwah.

Jangan orang salah faham,
Dakwah banyak ‘meaningnya’.
Dakwah menyeru kebaikan.
Apa sahaja bentuk kebaikan yang di lakukan.

Ya...betul,
Tapi jangan terlalu ‘bias’ dan  prejudis,
Jangan terlalu memandang sinis,
Terhadap pendakwah.

Dia sama seperti yang lain,
Doktor, engineer, guru, arkitek,
Sama je...
Cuma gerak kerja yang berlainan.





Fahamkan!
Nilai seorang pendakwah,
Adalah yang mantap pegangan mutaba’ah dirinya,
Yang di nilai dari segenap kebaikan.
Tetapi,
Jangan lupa seorang pendakwah juga.
Seorang manusia yang punya kelebihan dan kekurangan.

Orang lain,
Hanya memandang bila kesilapan,
Terus ‘judge’ tanpa usul periksa.
Alahai......sampai bila akan terperap?


Bukalah pandangan mata hati,
Pandangan hati sebagai manusia,
Yang tak pernah lepas dari kesilapan.
Salahkah?
Aku hanya berbicara,
Luahan hati seorang ahli agama.

Orang beragama dan ahli agama tak sama.
Sama juga orang yang beriman dan yang bertaqwa.
Kenapa?




Orang beragama melaksanakan kewajipan yang teras.
Tetapi,
Orang ahli agama sudah tentu beragama kerana mereka
Melaksanakan lebih dari itu untuk mengajarinya pula
 dan pertanggungjawabannya besar.


Sama juga orang yang beriman belum tentu bertaqwa.
Tetapi,
Orang yang bertaqwa sudah tentu beriman kerana untuk mencapai
Tahap taqwa adalah orang yang beriman.


Itulah beza pendakwah dengan orang biasa.
Gerak nilaian mereka berbeza.
Tetapi pendakwah dan orang biasa.
Tetap sama sebagai manusia
Dan hamba Allah!


GEN NOBEL KAHFI 1

CERPEN
GEN NOBEL KAHFI 1
Oleh Nurul Adibah Rahmat




“Keyakinan tidak datang dengan tiba-tiba.
Allahlah yang meyakinkan hambaNya”.







“ Kenapa kau berkata begitu pada aku? Aku tak lemahlah. Tak, tak, tak dan tak!
Tidak sama sekali ”. Kataku.

“ Aku cakap kau lemah. Memang kau lemah. Kau tak terapkan dalam diri kau sebenarnya. Kau hanya berkata- kata semata-mata. Kau masih tidak cukup. Kau tak melaksanakan sebenar- benarnya. Engkau lemah,lemah dan lemah.” Kata dia.
Kahkahkahkahkah.........................




“ Tidak. Aku tak lemah! Aku terapkan. Terpaku aku dengan kenyataan itu dengan tiba- tiba.” Kataku lagi.

 Berdetak iman aku seketika. Benarkah apa yang suara itu cakapkan?


Friday, March 16, 2012

Bait Jalanan


oleh
Nurul Adibah binti Rahmat





Sentuhan kata terlakar dalam bait-bait
yang tercipta dengan indah. Seindah lenggokan
bait-bait puisi yang menyenangkan dan mendamaikan.



Ada Apa dengan Halaqah





ADA APA DENGAN HALAQAH
Oleh Nurul Adibah Rahmat






Ada Apa dengan Halaqah?


Ya Ilahi,
Jangan matikan diri kami dari terkubur dalam Dunia Tarbiyah……
Hidupkan kami dengan semaian Halaqah……

Jadikan di antara kami seorang Murabbi dan Mutarabbi jiwa yang kental untuk menempuh awangan jalinan cinta dariMu…….

Kuatkan ikatan kami Ya Allah,
Di antara hamba-hamba yang berukhuwah keranaMU, bersatu keranaMu. Amin.


DOA RABITAH
(Oleh Imam Hassan Al-Banna)

            Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihaniMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu (yang benar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...