Friday, March 16, 2012

Bait Jalanan


oleh
Nurul Adibah binti Rahmat





Sentuhan kata terlakar dalam bait-bait
yang tercipta dengan indah. Seindah lenggokan
bait-bait puisi yang menyenangkan dan mendamaikan.




Opocot. Sapa la yang buang kulit pisang kat sini ni? Sakit tau tak? Ngomelku yang kesakitan tergelincir dek kulit pisang. Istighfar wahai diri kuingatkan sendiri kembali.

Apalah kau ni Sufiah. Dengan pisang pun kau marah. Kau tu je yang jalan tak betul. Tengoklah atas bawah kiri kanan macam lagu angguk-angguk geleng-geleng. Sempat lagi sahabatku bergurau dalam keadaanku yang masih kesakitan. Ini tidak, main redah je kau jalan. Nama kau pun dah cukup baik, Maria Sufiah el- Qibtiyah binti Uwais al-Qarni. Nama salah seorang isteri Nabi tu.

Kau ni, kalau iye pun. Tolonglah aku dulu. Aku sakit ni. Bukannya nak tolong aku dulu.
                                                                                                               
Ye lah. Maaf, aku salah. Meh sini tangan kau aku tolong angkatkan. Arrgghh, berat jugak kau ni. Kau makan sayur ke besi ni? Berat semacam je.hehehehehe.

Aku makan makanan sunnahlah. Tu pasai berkat no. Adoi, sakit buku lali aku ni. Terseliuh agaknya. Sakit sangat aku rasa ni. Macam mana aku nak jalan? Terhinjut- hinjut la jawabnya.

Meh sini aku papah kau. Nak aku hantar kau ke klinik ke? Dekat je tu dah dari library?

Tak payah lah, kita dah lambat untuk meeting ni. Nanty kang tak pasal- pasal kita kena sound kat akhi Malik. Kau nak rasa di persilakan tapi, aku tak nak. Lagipun kita dah lambat 10 minit ni. Siap- siap untuk dengar syarahannya la. Bukan kau tak tahu, ketua kita kan kena on time, pantang lambat sikit akan di denda dan kena bagi tazkirah.

Kau kan sakit, mesti ada excusenya kalau lambat. Nanti kaki kau bengkak macam mana? Aku kesian kat kaki kau sufiah. Walaupun di denda dari akhi Malik, aku sanggup untuk sahabat aku ni dan aku akan terangkan padanya. Kita bukan sengaja untuk datang lambat. Kita ada maslahat kita sendiri.

Macam la kau tak kenal akhi Malik. Semuanya pada dirinya untuk orang lain no excuse. Tak pe lah, aku okey, sikit je ni. Jom.

Meeting ini sebenarnya bermula jam 10 pagi. Tapi jam sudah menunjukkan 10.15 pagi. Bermakna, aku terlewat 15 minit.
Tatkala sampai sahaja tempat meeting, jam sudah menunjukkan 10.20 pagi. Berdehem- dehem akhi Malik ketika aku dan Umairah di ruangan meeting. Seraya terus kami memenuhi dua tempat duduk yang kosong.  Dan akhirnya di panggil juga oleh akhi Malik.
“ Kenapa antunna datang lewat? Cuba tengok jam pukul berapa sekarang dan sepatutnya pukul berapa antunna wajib datang? Rasulullah seorang yang menepati masa walaupun banyak rintangan. Sebagai denda, ana nak antunna zikir 7 seribu kali sebagai taklifat atas kelewatan antunna. Ana tak nak dengar apa sekalipun alasan antunna. Baiklah, baca ayat buka majlis dan kita akan teruskan perbincangan kita”. Kata akhi Malik kepada kami.



*****

             Aku, Maria Sufiah el-Qibtiyah binti Uwais al-Qarni bukan menjadi penghalang walau berpurdah untuk tetap aktif di kampus untuk mengikuti mana- mana aktiviti kampus dengan mana- mana society. Tambahan pula, aku di tabalkan sebagai vice president dalam IRKHSS ( Islamic Revealed Knowledge and Heritage Student Society) di IIUM. Berpurdah bukan menjadi batu penghalang untuk bergerak aktif untuk menyebarkan potensi diri dan berdakwah. Asal tahu hukum dan pandai menjaga ikhtilat. Yang lebih mudahnya apabila berurusan dengan ikhwah perlu dan wajib professional cara berikhtilat agar tidak timbul zina hati dan ikhtilat yang tidak di benarkan syarak. Itu yang ingin aku lakukan dan memberitahu sahabat- sahabat yang lain, yakni aku berpurdah, aku masih boleh melakukan yang tak menyalahi syarak selagi garis panduan ikhtilat aku jaga.
Sampai mana selagi engkau jaga? Tanya sahabatku.
 Seraya jawapanku, selagi mana Allah menjagaku insyaallah aku akan terjaga dengan izinNya. Berpurdah juga bukan sebagai batu loncatan menunjukkan aku alim ataupun warak, tetapi dengan berpakaian pun sudah menjadi dakwah bagiku. Ya, dengan berpakaian pun sudah di kira berdakwah dan dakwah pada diri sendiri. Bukan hanya pada berkata- kata sahaja dakwah. Tetapi, pada pemakaian juga.  Pada pemakaian juga di kira dakwah. Menunjukkan kita identiti seorang muslim dan muslimah kepada non- muslim. Nampak sahaja mudah, tetapi memberi impak yang besar sebenarnya. Kesatuan umat Islam bersama.
Aku berpurdah? Bukan kerana menunjuk, bukan juga kerana menarik perhatian umum. Tetapi, aku benar-benar memerlukan penjagaan dariNya. Penjagaan yang terhijab dari memandang.  Memandang dan di pandang. Terhindar dari fitnah, kerana banyaknya fitnah di tempat umum datangnya dari wanita. Aku sungguh cukup takut. Kerana segala perilakuku adalah simbol. Simbol bagi yang memandang. Kerana, aku memerlukan rahmatNya. Bukan di nilai manusia, tetapi Allah. Atas penerimaan seseorang untuk memakai dan tak memakai. Tidak salah kedua- duanya. Semuanya atas kehendak dan takdir Allah, walau kita nak pakai sekali pun, Allah tak izin, sampai bila- bila pun tak akan pakai. Jika Allah menghendaki sesuatu, sama ada kebaikan atau kemaksiatan, ia tetap berlaku dan tiada siapa dapat mengubahnya. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambaNya.


Penegasanku lagi. Tidak salah yang berpurdah dan tidak berpurdah. Dua- duanya okey dan tak salah bila memakai dan tidak memakai. Tak boleh menuding jari bila yang memakai dan tidak memakai, dua- duanya boleh. Dan tak ada hukum yang mengatakan tak memakai itu salah kerana terdapat khilaf ulama’ yang membenarkan memakai dan tidak memakai. Satu kefahaman yang perlu aku betulkan pada tanggapan orang awam.

Ramai yang bertanya, boleh ke dengan masuk society, ikhtilat kita akan terjaga? Mampu ke bila ikhwah dan akhawat bercampur?

Ya, boleh dan mampu. Dengan syarat kita meletakkan syarat dalam diri kita paling utama atau dalam kata yang lain secara professional.

Yang pertama, kenapa kita masuk society?Apa tujuannya?
 Kita masuk untuk belajar mengurus atau mengurus perasaan berlainan jantina?
 Ke mencari untuk mencari calon zauj atau zaujah kita?


Kita sendiri yang tentukan dan apa niat utama kita dengan sebenar- benarnya. Ingat, jangan sampai tersasar dari landasan. Bila niat kita mula dengan baik, kita insyaallah akan terjaga. Apa- apa hal semuanya bermula dengan niat. Dengan niat, menentukan apa yang kita lakukan.

Ada juga yang bertanya, ana dah jaga ikhtilat. Tapi, ada juga ikhwah yang mengganggu ana. Macam mana? Asyik mengganggu ana terhadap hal- hal yang tak penting. Lama- lama ana lembut jugak kerana tarikan kuat sangat.

Yang penting, kembali kepada niat kita untuk apa kita masuk society. Bukan untuk mencari ikhwah kan?

Ya, bukan mencari ikhwah tetapi mencari dakwah. Satu kebaikan secara fitrahnya seorang hamba. Masih adakah sesama ikhwah dan akhwat menjaga ikhtilat?

Ya, ada. Kena pandai dan harus mencari society yang menjaga ikhtilat insyaallah kita akan terjaga. Tak pun, masuk mana-mana sahaja society tapi yang utama niat penting agar tujuan kita masuk society tak tersasar. Kena betul-betul semangat keazaman yang kuat. Yakin dengan Allah akan berpihak pada kamu di mana bila kamu di uji dalam bersociety, Allah ada untuk menjagamu.



Panduan berikhtilat dan maksud sebenar ikhtilat.

1.      Objektif kita bagaimana pada permulaan melangkah.

-          Memahami konsep ikhtilat dalam kehidupan seorang muslim.
-          Melakukan proses penyucian jiwa, pembaikan akhlak dan peribadi.
-           Mencapai mardhatillah ( keredhaan Allah).
-           Mampu mengendalikan diri dengan kebebasan yang dimiliki mengikut batas syariat.
-           Memahami dan mempraktikkan Islam sebagai agama yang syumul dalam kehidupan seharian.

2.      Rasulullah s.a.w:

-          Memahami konsep ikhtilat dalam kehidupan seorang muslim.
-          Melakukan proses penyucian jiwa, pembaikan akhlak dan peribadi.
-           Mencapai mardhatillah
-           Mampu mengendalikan diri dengan kebebasan yang dimiliki mengikut batas syariat
-           Memahami dan mempraktikkan Islam sebagai agama yang syumul dalam kehidupan seharian

3.      Apa itu ikhtilat?

-          Bahasa: Bercampurnya dua hal atau lebih
o   Istilah (syari’e): bercampur baulnya perempuan dan lelaki yang bukan mahram di sebuah masa atau forum yang tidak dibenarkan di dalam Islam.


-          Riwayat Imam Daud : Hamzah b. Abi Usaid Al-Ansari r.a bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w keluar dari masjid. Tiba-tiba ada orang lelaki dan perempuan berkumpul di jalanan. Rasulullah berkata kepada para wanita itu : agar wanita dibelakang saja. Kalian tidak boleh berada di tengah-tengan jalan (ketika ada lelaki) hendaknya kalian dipinggiran jalan. Serta merta ada wanita yang merapat ke dinding rumah sehingga pakaian
mereka tersangkut ke dinding kerana terlalu menempel.

-          Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka, janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.
                                                                             ( surah Al-Ahzab:32)
-           Jahiliah moden lebih berbahaya daripada Jahiliah pertama
-            Merupakan satu konspirasi musuh-musuh Islam  (ghazwul fikri) iaitu serangan pemikiran.
-           Target – Merosakkan akhlak melalui pelbagai sarana dan ianya lebih     
               berbahaya daripada jahiliyyah di zaman pertama dahulu.



Dalam perkataan dan pemahaman yang mudah dan senang, ikhtilat atau kata lainnya percampuran antara lelaki dengan perempuan bukan mahram dan sebaliknya. Satu pembetulan yang ramai terleka, orang muhrim ialah orang yang berihram manakala orang mahram ialah orang yang halal untuk kita. Satu pemahaman yang terbiasa di cakap oleh semua genap lapisan antara bukan mahram dengan bukan muhrim adalah maksud yang berlainan. Tanggapan yang salah perlu di betulkan maksudnya yang sebenar.

Ada juga yang mengatakan, ala, kiteorang kawan biasa-biasa je. Cuma bertanya khabar sahaja. Tak lebih dari itu pun. Kami tahula untuk jaga batas. Betul, kami jaga batas.

Nak tahu tak apa kesannya bila bermula dengan kawan biasa?

Bahaya dan kesannya apabila berikhtilat tanpa syariat.

}  Maksiat kepada Allah dan Rasulnya.
         Rasullullah s.a.w bersabda : “ Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang menolak.  Sahabat bertanya: “ Siapa yg menolak?” Beliau bersabda:” Siapa sahaja yang taat kepadaku dia akan masuk syurga, barangsiapa bermaksiat kepadaku, ia yang menolak”.

}   Termasuk dosa besar.
Dari imam Ahmad diceritakan bahawa Umaimah bt Raqiqah datang berbai’at untuk membela islam. Rasulullah s.a.w bersabda:
          “Aku membaitmu agar kamu tidak menyekutukan Allah dgn            sesuatupun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan kebohongan dari hadapanmu (kerana perbuatan lisan dan kemaluan), tidak meratapi orang mati, tidak tabarruj dengan tabarruj jahiliyah awal”.
                                                                                       (HR Imam Bukhari)
}   Mendatangkan laknat  dan kemurkaan dari Allah.
}   Permulaan kepada zina.
}   Mengundang seksaan Allah.
             Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah tampak kebejatan di antara kaum Luth sampai mereka terang-terangan melakukannya, kecuali setelah itu tersebarlah penyakit kolera dan kelaparan yang belum pernah terjadi pada pendahulu mereka”.
}   Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami akan perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).
                                                                                                     (Surah Al Isra’ : 16)



          Ikhtilat itu masih boleh di jaga sebagaimana kita menjaga batas pergaulan antara berlainan jantina. Itu yang benyak menentukan ikhtilat kita sebenarnya. Segalanya bermula dengan niat. Berhati- hatilah.


Bait jalanan memberi kesedaran yang rapuh atau ampuh dalam
menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i. Dengan kesedaran yang padu maka terarahlah hidup sebagai muslim student atau western student.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...