Sunday, May 1, 2011

Erti sabar

                                                                                Episod 2

Assalamualaikum........
Kali kedua ana membicarakan tentang sabar. Erti sebenar mengenai sabar. 
              
Menurut Bp. Quraish Shihab dalam bukunya "Menyingkap Tabir Ilahi", kata asshabur(Allah Maha Penyabar) berasal dari akar kata yang terdiri tiga huruf:shad,ba dan ra.

Makna dari kata ini adalah:
1-      Menahan
2-      Ketinggian sesuatu
3-      Sejenis batu

Dari makna menahan lahirlah maknanya “konsisten/istiqomah”.Kerana apa? Kerana sikap menahan pandangannya terhadap sesuatu gelojak pada diri(nafsu) yang di namai sabar.

Ada 2 coretan aku nak paparkan tentang nilai kesabaran…Dendangan dariku….

    Andai saja pemimpin tidak sabar dalam tapuk pemerintahannya,pasti tidak akan berhasil memimpin dan akan jatuh.Oleh kerana itu,orang yang tidak pernah sungguh-sungguh melatih kesabaran dalam kehidupan ini ,maka dia akan menderita.Kerana sabar membuat daya tahan yang luar biasa dan memperindah peribadi seseorang itu.

Yea…Aku benar-benar bersetuju kerana bagiku orang yang sabar adalah orang yang hebat luar biasanya.Kerana dia akan menahan setiap godaan nafsu yang berada disampingnya ketika itu.

Kesabaran itu ketenangan
Yang menusuk di kalbu
Mendakap jiwa merasa senang
Pada jiwa insan bertuhan

Kerana sabar itu
Aku pertaruhkan pada
Jiwa dan ragaku
Kerana islam yang aku cintai

Sabar. Kadang- kadang dalam teduhan mata boleh menampakkan sifat sabar seiring dengan insan yang dapat mengingati Tuhannya dengan baik sekali. Sangat baik sekali penghayatannya kerana sabar adalah sebahagian dari iman. Maka ingati dalam sebaik askara senuah lautan hati.

Wahai diri,

sabarlah
sabarlah
sabarlah

kamu akan konsisten terhadapnya
maka kamu adalah di kalangan orang yang berjaya.

berjaya dalam diri seorang hamba
bila mana iman menyahutnya engkau telah bejaya wahai diri.

Friday, January 14, 2011

KALAM CINTA


KALAM CINTA

                 Benarlah kalam menuturkan santunan yang sungguh indah dalam membahaskan kepada manusia tentang hukum syarak yang telah di tetapkan dalam memanipulasi kehidupan. Tiada keindahan yang dapat menandinginya walaupun bait-bait puisi yang sungguh puitis,tetapi lebih indah lagi kalam yang murni itu dari khaliqNYa. Jangan memperhambakan diri dengan buaian bait puitis semata-mata. Kajilah ilmu kalam dariNya dan aturanNya. Kalam yang di bicarakan adalah sentuhan firman Ilahi yang indah lagi mulia. 

                     Berseteru pada jiwa merungkai segala keluh kesah. Cinta yang terungkap di jiwa bergetar hebat sekali. Getaran yang membelenggu nur iman sungguh hebat. Mohon agar tidak terlena dari buaian nafsu yang selalu menggetarkan bisikan kejahatan yang mengajaknya. Yang parah dalam membina antara semaian kalbu iman dan kalbu syaitan di hati manusia. Ketersadungan kalam yang terungkap tentang cinta sungguh hebat kuasanya hingga pada diri yang mengalami tidak memanipulasinya. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...