Friday, March 23, 2012

GEN NOBEL KAHFI 2

CERPEN
GEN NOBEL KAHFI 2
Oleh Nurul Adibah Rahmat






Berdakwah itu,
Bukan sahaja yang bercakap kat depan tv je,
Atau jadi ustaz ustazah je.
Nasihat kawan pun dakwah.

Jangan orang salah faham,
Dakwah banyak ‘meaningnya’.
Dakwah menyeru kebaikan.
Apa sahaja bentuk kebaikan yang di lakukan.

Ya...betul,
Tapi jangan terlalu ‘bias’ dan  prejudis,
Jangan terlalu memandang sinis,
Terhadap pendakwah.

Dia sama seperti yang lain,
Doktor, engineer, guru, arkitek,
Sama je...
Cuma gerak kerja yang berlainan.





Fahamkan!
Nilai seorang pendakwah,
Adalah yang mantap pegangan mutaba’ah dirinya,
Yang di nilai dari segenap kebaikan.
Tetapi,
Jangan lupa seorang pendakwah juga.
Seorang manusia yang punya kelebihan dan kekurangan.

Orang lain,
Hanya memandang bila kesilapan,
Terus ‘judge’ tanpa usul periksa.
Alahai......sampai bila akan terperap?


Bukalah pandangan mata hati,
Pandangan hati sebagai manusia,
Yang tak pernah lepas dari kesilapan.
Salahkah?
Aku hanya berbicara,
Luahan hati seorang ahli agama.

Orang beragama dan ahli agama tak sama.
Sama juga orang yang beriman dan yang bertaqwa.
Kenapa?




Orang beragama melaksanakan kewajipan yang teras.
Tetapi,
Orang ahli agama sudah tentu beragama kerana mereka
Melaksanakan lebih dari itu untuk mengajarinya pula
 dan pertanggungjawabannya besar.


Sama juga orang yang beriman belum tentu bertaqwa.
Tetapi,
Orang yang bertaqwa sudah tentu beriman kerana untuk mencapai
Tahap taqwa adalah orang yang beriman.


Itulah beza pendakwah dengan orang biasa.
Gerak nilaian mereka berbeza.
Tetapi pendakwah dan orang biasa.
Tetap sama sebagai manusia
Dan hamba Allah!



Saat muhasabah menusuk dalam getaran imanku. Suara itu menjengah kembali. “ Adakah kau faham tentang pendakwah dengan berdakwah?” tanyanya lagi padaku datang tanpa di sambut.

“ Hmmmm....aku tak pasti.” Jawabku.

“ Kenapa kau bicarakan tentang pendakwah dengan berdakwah? Apa yang kau maksudkan sebenar? Tanyanya lagi.

“ Ya. Aku memang membicarakan tentang pendakwah dan berdakwah. Pemahamanku tentang gerak kerja dan nilai dakwah. Itu sahaja.” Jawabku lagi.
“ Baiklah. Aku tak salahkan kau, itu pandangan kau. Aku terimanya kerana setiap orang berbeza persepsinya. Tetapi, sebelum itu, Aku ingin tanya pada kau. Apa itu pendakwah dan berdakwah. Adakah mereka sama atau berlainan? Jawab pertanyaanku!”  tanyanya lagi yang semakin menyesakkan jiwaku.


Agak gerun juga dia bertanya aku tiba- tiba macam tu. “ Kenapa setiap kali aku nak meluahkan sebagai ahli agama, kau datang dekat dengan aku.

Kenapa? Kenapa? dan kenapa?” tanyaku padanya yang sememangnya merimaskan jiwaku yang bertalu- talu.

“ Kau! Jangan terlalu banyak untuk memberi dalih mahupun alasan. Aku nak selamatkan kau. Sebab aku tahu iman kau naik dan turun. Aku nak tolong kau! Kau tu masih lemah, kau tak boleh macam ni selamanya.

 Kau ahli agama dan boleh mungkin juga kau ni harta paling bernilai untuk menegakkan Islam.” Bagitahunya padaku.

 Kalau bukan kau, siapa lagi? Kau kena faham tu! Fahamkan! Dia memarahiku.

Aku nak tolong kau!
Aku nak tolong kau!......dari seksa azab api neraka.

Sayu suaranya merayu padaku. Aku sendiri terpana dengan pengakuan dia.


“ Terima kasih aku kat engkau. Aku tak lemah!” jawabku padanya.

Habis tu? Kenapa kau tak jawab pertanyaan aku? Kau takut? Memang kau lemah....lemah....lemah! tanyanya lagi dengan nada yang nyaring.


Kahkahakahkah.....
kahkahakahkahkah.....
Suara itu ketawa berdekah- dekah padaku. Tanpa sebarang sangsi. Malah makin kuat suaranya bersuara.


Kau lemah!
Lemah!.....lemah!.......lemah!


“ Tak! Aku tak lemah! Aku ada jawapan aku.” Serta merta aku memintas. Pendakwah adalah.............................


Treet.......treet.......treet........treet..............treet

Baru sahaja aku ingin menyambung, panggilan mesej menerpa kepadaku, dari sahabat karibku, soutulnya lagi sambil tersenyum sendiri......kali ini agak panjang mesejnya kepadaku yang membuat aku kembali ceria.

Terima kasih kawanku..J








----------------------------------------sahabatku Darul Qur’an-----------------------------------------
“soutul jumaat

Sahabat, terkadang......teguran orang yang di benci mampu mengubah hati dan jiwa kita yang kian gersang berbanding orang yang disayangi. Sesuai dengan hati tarbiah yang begitu halus,“ menerima kebenaran meskipun ia datang daripada orang yang dibenci dan menolak kekhilafan meskipun ia datang dari orang yang dikasihi. Sedarlah!...Kebenaran itu mungkin terpacul daripada sepasang bibir orang yang kurang ilmunya, atau orang yang kita benci. Jesteru itu, pungutlah kebenaran dari mana sahaja ia terpacul.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
04/02/2011
10:40:29 pm

Masyaallah! Tepat pada masanya sahabatku. Seakan ada telepati antara kami. Setiap kali aku hilang punca, dia terus memberiku dengan sebuah senyuman. Ku merasai kehangatan manisnya berukhuwah di jalan yang satu, kerana dakwah kami bersatu, kerana wasilah nabi kami bersatu dan kerana menggapai redha Allahlah kami bersatu. Menyahut seruan sebagai syabab yang mujahid melaksanakan tuntutan yang berlandaskan syarak dan mencari redhaNya dengan berpaksikan hidup bertuhan. Kerana itulah ikatan kami setia dan utuh hingga kini. Dengan berlandaskan pada iman, kami merasainya dan aku mencintainya kerana Allah.



Telepati kerana iman,
Ibarat adik - beradik kandung,
Yang merasai kesakitan,
Kepayahan bersama.

Landasan kerana iman,
Kerana itulah kami bertaut,
Kerana ukhuwah fillah,
Dasarnya kami tetap bersama.

Ukhuwah kerana iman,
Memaniskan nilai islami,
Walau jauh dimata,
Tetapi tetap di ingati dalam doa.

Cinta kerana iman,
Antara buah syurga,
Nikmat yang di rasai,
Tetapan dariNya.



Subhanallah!
Alhamdulillah!

Syukur nikmat Engkau berikan kepada kami manisnya nilai berukhuwah. Persahabatan kami kerana nilai Islami. Aku mencintai sahabatku ya Allah. Kurniakan antara kami sentiasa keranaMu ya Allah. Ya Allah, aku tahu sahabat yang aku cintai ini hak Kau, dengan Kau jugalah yang membolak- balikkan hati kami. Manusia yang seringkali alpa dan tersasar. Maka ya Allah, tetapkanlah ukhuwah kami keranaMu.


Kau!
Tidak semena- mena suara itu hadir lagi entah dari mana ia datang. Entah kali ke berapa kali ia hadir. “ Kenapa kau hadir?” tanyaku padanya.

 Aku sudah jelaskan kat engkau sebelum ni. Engkau tak faham lagi ke? Bentaknya padaku.

“ Ya. Memang aku yang tak faham! Boleh engkau jelaskan kat aku lagi? Aku masih lagi tak puas hati dengan kau.” Jawabku dengan jiwa yang memberontak.

“ Aku dekat dengan kau untuk bagi risalah kebenaran. Penyambung warisan kenabian dan kau adalah salah seorang daripadanya. Kau kena faham tu. Aku taknak apa- apa pun dari kau. Aku nak tolong kau dalam meniti kebenaran dalam kehidupan kau. Aku merayu.”. Jelasnya padaku

Kau fahamlah.......
Kau fahamlah......
Fahamlah.............
Fahamlah.............

Suaranya merayu untuk kali kedua. Agak lama aku terdiam memikirkannya. Dan akhirnya aku bersuara.

“ Ya. Aku faham dan mengerti kini.” Jawabku padanya.
Tidak semena- mana air mataku mengalir deras. Seakan jiwaku yang amarah tadi menundukkan kepada ketenangan yang tak pernah aku rasai sebelum ini. Perasaan yang aneh lahir pada diriku saat ini.

“ Dan, aku tersedar, tahap manakah yang memungkinkah aku mendapatkannya? Orang yang benar-benar beriman kepadaNya? Yang sempurna imannya.” pertanyaan yang terlahir di benakku.


“ Ya. Aku ingin mengajak kau kepada sebenar- benarnya seorang mukmin yang sempurna imannya. Tapi kau kena ingat. Allah menghendaki sesiapa pun hambaNya yang ia kehendaki kebaikan. Dan kau perlu lalui liku- liku ujian dariNya untuk memungkinkan engkau untuk mendapatkannya.

Nak meraih ke tingkat yang tertinggi bukan senang, dan hanya orang terpilih sahaja yang akan mendapatkannya. Dan juga, kaulah orang yang terpilih itu.

 Dan kau perlu ingat juga, Allah jugalah yang membolak- balikkan hati manusia dan barangkali Dia boleh menarik kembali nikmat dalam sekelip mata sahaja setiap apa yang Dia kehendaki dan kau juga sebagai orang terpilih di kalangan yang terpilih.” Jawabnya yang memberi penjelasan padaku sambil mengingatkanku.



“Pabila menjadi di kalangan yang terpilih.
Bersyukurlah kerana bukan pada nama, tapi pada Allah.”










“ Kau kena ingat tu!” Dia memesan padaku.


“ Terima kasih aku pada kau menyedarkan aku yang terleka ini. Terima kasih juga memahamkan aku pada akhirnya. Aku sudah faham sekarang. Malah, aku semakin bersemangat yang luar biasa sekali dari sebelumnya. Alhamdulillah, syukur padaMu Ilahi. Terima kasih kau sebagai perantara aku untuk dekat lebih denganNya.....J ucapan syukurku padanya lagi.


Satu perasaan tenang menusuk di jiwa bahkan dalam kelangsungan diri seakan ringan dalam melepasi sebuah pemikiran. Ianya sungguh sukar di terjemah dengan kata. Hanya Tuhan yang tahu. Itu sahaja yang aku boleh ungkapkan. 

Dunia yang pahit menjadi manis pada akhirnya. Bukan manis kerana pentas ragam manusia, tetapi pada ketakjuban alam sekeliling. Aku menelitinya dan cuba memahaminya. Sungguh takjub dengan ciptaan Ilahi.



Seolah mendengar kicauan burung yang sedang bertasbih dengan riang,
Seolah melihat lambaian tumbuh- tumbuhan mengajak berzikir bersama,
  Seolah membaca deruan ombak menyahut seruan dariNya ketika puncak.

Kau!
“ Indahkan ciptaan tuhan?”  Tanyanya dengan penuh kebaikan hadir yang tidak semena-mena. Malah aku sudah terbiasa dia yang datang tanpa di pinta.

“ Suara itu kembali bertandang kepadaku. Tiada sergahan mahupun pertanyaan yang mengejutkan aku. Ya. Terlalu indah ciptaan Tuhan. Tiada manusia pun yang mampu menandinginya. Hinggakan ia di sebut dalam al- qur’an.

Demi matahari,
Demi duha,
Demi fajar,
Demi malam,
Demi subuh waktu yang yang menyingsing,
Demi masa apatah lagi.
Malah, aku juga memungkirinya kerana aku sedar iman aku ada masa turun dan naik. Dan di namakan manusia memang imannya turun dan naik sama seperti jin.” Jawabku dengan huraian.

“ Itu sebab aku bersama dengan kau. Aku tahu iman kau naik dan turun. Aku taknak kau turun menjunam, tetapi biarlah kau turun sedikit dan naik menjunam  ke peringkat darjat tingkatan yang seterusnya dengan tahap kau sekarang ni.

Kau masih berkesempatan untuk memenuhinya apa yang tertulis dalam al- qur’an. Usahalah dengan berdoa dan beristighfar kepadaNya dalam menjejak langkah amalan- amalan salafussoleh. Engkau tak akan rugi, malah seorang hamba yang beruntung.” Katanya lagi padaku.

Demi masa!

Jangan kau palitkan masa dengan sia- sia. Kau yang akan rugi kemudian hari. Hidupkan hari- harimu dengan kekuatan. Kekuatan dari sang Pencipta yang mengaturkan hidupmu bukan engkau yang aturkan hidupmu.





“Jejak ulama’ wasilah kenabian.
Ikutilah setiap kebaikan dan amalan yang di curahkan dengan hati yang tulus ikhlas keranaNya.”












Kau tahu tak kekuatan seorang mu’min di mana? Tanyanya padaku.

“ Ya, aku tahu. Iaitu al- qur’an dan hadis. Aku mempelajarinya, memahaminya dan menghafalnya. Kerana itu adalah kerukunan fardhu ain bagi setiap muslim wajib mempelajarinya.

Al-qur’an itu sumber kebijaksanaan.

 Aku mengamalkannya kerana aku tahu khasiatnya. Khasiat seperti makanan yang bergizi dan begitu jugalah dengan iman dan otakku yang bergizi dengan al- qur’an dan as- sunnah. Al- qur’an, bukan sahaja membaca, tetapi menghafalnya di luar hafalanku sedikit demi sedikit.” Jawabku.

Ya.....sedikit demi sedikit akan membuahkan hasil asalkan dengan bersyarat istiqamah. Qalilan qalilan fasoro jabalan. Iye, istiqamah, istiqamah, istiqamah dan akhirnya bertawakal kepada Allah. Dalam hadis pun ada sebut juga.

Mukmin yang sejati adalah mukmin yang dapat mengawal nafsunya. Tanpa sebarang sangsi merungkai segala apa yang selama ini dalam minda tentang persoalan, kini terjawab akhirnya.

Terima kasih.......J.


Kau tahu, al- qur’an itu membuat aku seakan orang yang sedang bercinta. Senyuman takkan terlepas dari raut wajahkuku selepas hari- hari yang aku lalui dengan hafalan. Apatah lagi bila aku bertalaqqi untuk di tasmi’ hafalanku, lagilah aku di lamun cinta. Jatuh cinta kerana aku berjaya menghafalnya dengan izin Allah.

Aku menganggapnya ini adalah cinta yang aku rasai meresap dalam tingkah laku aku sebagai seorang hamba.

 Kerna bagi aku, bukan untuk aku berlagak, tetapi kerana aku sememangnya amat- amat perlukanNya, melalui kalimat- kalimat Allah yang sungguh suci itu iaitu al- qur’an.

Dan bukan kerana aku ingin menunjuk- nunjuk, tetapi kerana rahmat dan cintaNya yang begitu mendalam. Aku pun tidak mengerti dan memahami sangat. Tapi, apa yang aku boleh ucap, hanya Tuhan yang tahu. Dengan surah al- imran aku bermula untuk mengulangnya kembali kerana aku janji dengan Allah kerana sebelum ni, aku belum sempat menghabiskannya walaupun dalam masa 4 bulan di beri masa.

Dulu, aku melengahkannya dengan mencipta pelbagai alasan. Kalau mampu pun dalam 9 muka surat sahaja. Itu pun 70 ayat sahaja dalam 4 bulan. Tetapi, kini aku mampu dengan izin Allah, dengan 1 bulan penuh aku berjaya menghabiskan 100 ayat surah al- imran yang di tasmi’ oleh guru qur’anku dari Darul Qur’an. Sebanyak 13 muka surat aku berjaya menghabiskannya.

Kelas al- qur’an yang penuh cinta dengan al- qur’an. Terngiang- ngiang aku bersama sahabat- sahabatku melantunkan alunan ayat- ayat suci al- qur’an. Mendengar riuhan kelas di penuhi dengan suara- suara akhawat yang membaca al- qur’an.” Jawabku dengan yakin kini.


“ Pada diri, pada mulanya tidak yakin dengan kemampuannya sendiri.Tetapi,apabila setelah melaksanakan,takjub dengan kemampuan diri sendiri yang selama ini tak ketahui.”





“ Ya......betul apa yang kau ucapkan. Baguslah, kini engkau makin memahami kenapa aku sentiasa bersama kau. Mungkin aku ada seketika dan hilang dari kau. Bolehlah aku tinggalkan kau sendirian sekarang untuk sementara waktu ini.

Tapi kau tak perlu risau, aku sentiasa di sisi kau. Sebab, aku menjangka kau akan di uji hebat lagi daripada ini dan lebih hebat daripada aku jangka. Aku harap, kau kuatkanlah iman di hati kau.

 Ada sesuatu yang lebih hebat lagi yang akan mendatang. Aku nak bagitahu kat kau sekali lagi, ada perkara yang lebih hebat lagi selepas ini akan berlaku antara kau dengan makhluk Allah. Aku tahu kau mampu dan Allah akan menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Dekatkan diri kau dengan Tuhan.” Tambahnya lagi menerangkan padaku.




“Memang kita selalu ingat kita tak mampu.Tetapi....ingatlah,
Allahlah yang memampukan kita.”
                                         By Bazli UNIC




“ Apa? Betulkah apa yang engkau cakapkan ni? Insyaallah, dengan izin Allah aku bersedia. Aku bersyukur dan ucap terima kasih kerana memahamkan aku dan walaupun aku pernah di terjah kau. Aku faham.

Dan terima kasih juga, engkau datang padaku memberi secicip kebenaran yang ingin berdamping dengan aku. Serta kau juga memberitahu kepadaku awal- awal lagi sebelum terlambat. Kerna akhirnya aku tahu.” Ucapku padanya.

Ya....aku pun sama. Sama- sama. Mungkin kita tak akan bersua lagi. Ingat setiap kata- kataku. Ini yang terakhir dariku untuk kau, fahamilah dan ingati sentiasa......



‘‘ kekuatan seorang muslim bergantung keyakinannya bahawa hanya DIA
yang paling menyayangi dan mencintai dirimu’’



Selamat tinggal, ilal liqa’, ma’as salamah........dia mengucapkanku dengan kalimah yang syahdu. Sedihnya saat ini. Semoga dengan keteguhan imanmu kita akan bersua kembali nanti suatu saat. Ada perkara yang jauh lebih hebat sedang menunggumu.

“ Tapi sebelum tu ada lagi sesuatu yang sangat penting yang terkandung dalam kalimah syahadah. Iaitu aqai’dul iman.” bagitahunya padaku.

Aqai’dul iman?” Pertanyaanku yang tidak tahu menahu. Baru kali pertama dengar tentang simpulan iman dalam sebutan syahadah. Aku naik saksi itu dah syahadah.

“ Ya. Aqai’dul iman terpahat kukuh di dalam kalimah asyhadu allaa ilaaha illallah waasyhadu anna muhammmadarrasulullah.” Jawabnya pula.

“ Apa dia tu? Aku tak pernah tahu pun.” Tanyaku lagi yang terpinga- pinga kali pertama mengetahuinya.


“ Kalau kau tak tahu. Biarkan aku ajari kau saat ini. Dengan termeterai qabulnya syahadah. Aqai’dul iman ialah simpulan iman dalam syahadah. Ada 50 terkandung aqi’dul iman dalam kalimah syahadah.

14. Kaunu50%; margin-bottom: .0001pt; margin-bottom: 0cm; text-align: justify;">
20 yang wajib bagi Allah
1.      Wujud = Ada
19. Kaunuhu Ta’ala A’ma = Keadaan Allah buta
Qidam = Sedia ada
3.      Baqa’ = Kekal
4.      Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith = Allah berlainan dari segala yang baharu
5.      Qiamuhu Ta’ala binafsihi = Allah berdiri dengan sendirinya
6.      Wahdaniah = Esa
     
Qudrah = Berkuasa
8.      Iradah = Berkehendak
9.      Ilmu = Mengetahui
10.  Hayat = Hidup
11.  Sama’= Mendengar
1. &nbspsi-language: MS; mso-ascii-theme-font: major-bidi; mso-bidi-theme-font: major-bidi; mso-fareast-font-family: "Times New Roman"; mso-fareast-theme-font: major-bidi; mso-hansi-theme-font: major-bidi;">12.  Basor = Melihat
13.  Kalam = Berkata- kata
Kitman = menyembunyikan
Kaunuhu Ta’la Qadiran : Keadaan Allah berkuasa
15.  Kaunuhu Ta’ala Muridan : Keadaan Allah berkehendak dan menentukan
16.  Baladah = bebal ( bodoh )

17.  Kaunuhu Ta’ala Sami’an : Keadaan Allah mendengar
18.  Kaunuhu Ta’ala Hayyan : Keadaan Allah hidup
19.  Kaunuhu Ta’ala Basiron : Keadaan Allah melihat
20.  Kaunuhu Ta’ala Mutakalliman : Keadaan Allah berkata- kata

Dia20 yang mustahil bagi Allah.

1. A’dam = Tiada ( tidak wujud)
2. Huduth = Baharu
3. Fana’ = Binasa
4. Mumathalatuhu Lilhawadith = Allah bersamaan dengan yang baharu
5. Qiyamuhu Ta’la bighoirihi = Berdiri Allah Ta’ala dengan yang lain
6. Ta’addud = Berbilang - bilang
7. A’jaz = Lemah
8. Karohah = Terpaksa
9. Jahl = Bodoh
10. Maut = Mati
11. Asomma = Pekak
12. Aa’mma = Buta
13. Bukmun = Bisu
14. Kaunuhu Ta’ala A’jizan = Keadaan Allah lemah
15. Kaunuhu Ta’ala Karihan = Keadaan Allah terpaksa
16. Kaunuhu Ta’ala Jahilan = Keadaan Allah tidak mengetahui
17. Kaunuhu Ta’ala Maiyitan = Keadaam Allah mati
18. Kaunuhu Ta’ala Asomma = Keadaan Allah pekak
19. Kaunuhu Ta’ala A’ma = Keadaan Allah buta
20. Kaunuhu Ta’ala Abkam = Keadaan Allah bisu



1 yang harus bagi Allah.
Harus bagi Allah menjadikan atau menidakkan terhadap sesuatu perkara yang mukmin.
 







Manakala kalimah muhammadur rasulullah ada 9. Pecahannya ada 4 yang wajib bagi Rasul, 4 yang mustahil bagi Rasul dan 1 yang harus bagi Rasul.



4 yang wajib bagi Rasul.

1.      Siddiq = benar
2.      Amanah = jujur
3.      Tabligh = menyampaikan
4.      Fatonah = bijaksana

4 yang mustahil bagi Rasul.

1.      Kazib = dusta
2.      Khianat
3.      Kitman = menyembunyikan
4.      Baladah = bebal ( bodoh )

1 yang harus bagi Rasul.
Rasul bersifat dengan sifat tabiat manusia iaitu makan,minum, tidur, dan sakit.
  


Iaitu kau wajib mengetahui dengan simpulan iman ini dalam kalimah syahadah dengan keyakinan iman yang jazam. Betul- betul yakin hanya Allah swt yang satu.” Ajarnya dengan menerangkan satu – persatu dengan cukup jelas dan terperinci.

“ Jazam? Apa maksudnya?” Tanyaku lagi.

“ Betul- betul yakin la. Pegang betul- betul simpulan iman ni dalam kalimah syahadah.” Pesannya.

“ Ya. Insyaallah aku pegang betul- betul simpulan iman dalam sebutan syahadah dalam aku beri’tiqad.” Jawabku dengan penuh yakin kini dengan i’tiqadku secara menyeluruh tanpa keraguan.


“ Banyak perkara yang aku tak mampu. Ya Allah, melalui dia aku menemui jalanMu ya Allah. Kerna aku tahu kini, dialah suara pembela Islam dan suara iman di dalam hatiku yang paling dalam bagi fitrah seorang hamba. Ada terselit di situ sebuah keyakinan yang mendalam secara fitrahnya yang aku mengerti kini. Ya, keyakinan yang mendalam.” Hatiku berkata- kata.

Dia menghilang dengan cahaya kabus putih yang berkemilauan hingga aku tidak menampakkannya lagi. Sehingga suara itu hilang dalam sedu – sedan, aku rebah tidak sedarkan diri dalam cahaya yang kian suram menghilang.


Nurul...bangun Nurul. Dah 4.30 pagi ni. Ya Allah, kenapa berpeluh- peluh ni Nurul.

Tadi aku bermimpi. Mimpi yang aku tak faham, tetapi kini aku sudah memahaminya. Masyaallah, hebatnya kuasa Allah. Betul Ruqaiyah.

Apa yang kau merepek ni? melalut je. Dah...dah. Kau pergi ambil wudhu’, aku tunggu kau, kite tahajjud sama- sama ye.

Ye la aku bangun pergi ambil wudhu’. Tunggu aku tau. Aku melangkah ke bilik air. Air yang sejuk mendamaikan merapat ke ubun- ubunku hingga terasa ke tulang- belulang. Seusai mengambil wudhu’, doaku pohon tanda syukur.

Alhamdulillah kerana aku masih di beri kesempatan untuk bertahajjud. Tiba- tiba aku terdengar satu suara membisikkan kepadaku.

“Semoga lena dalam dakapan tahajjud yang indah. Di situ bila kau istiqamah, engkau akan bertemu aku di alam realiti.”

Hah?.........terpana aku seketika seusai mengambil wudhu’ sambil memikir agak lama aku merenung kembali. Ya, aku kenal suara itu. Dialah dalam mimpi aku tadi.

Apa? Dia boleh datang dalam bentuk realiti. Subhanallah, tangisanku tangisan syukur padamu ya Allah.

Keajaiban datang bila- bila ia mahukan dan tiada apa yang boleh hendak di ceritakan. Hanya Tuhan yang tahu. Sungguh, keajaiban itu sesuatu yang indah. Izinkan aku suatu saat akan menemuimu jua.

Oi.....Nurul...apa yang kau berangan ni? cepatlah, aku dah tunggu lama ni. Sebagai denda, kau kena jadi imam. Okey?

Okeyla. Kau pulak baca doa ye?

Ok. No hal punye.

Jom cepat. Nak dekat pukul 5 dah ni.

Ye la. Kami bersama – sama melaksakannya bersama menemui Ilahi di penghabisan malam itu dengan bertahajjud, taubat, hajat dan witir.

Perkara yang aku sentiasa rindui adalah solat sunat istikharah yang menjadikan aku akhawat yang apabila melakukan sesuatu urusan, beristikharah serta redha dengan apa yang telah di tentukan Allah. Itulah perkara yang aku sentiasa rindui.

“ Jika Allah hendak memberi ujian atau nikmat
kepada hambaNya walau sekalipun mustahil
di pandangan mata manusia tetapi tidak
pada kuasa yang Maha Esa ”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...