Friday, March 16, 2012

Ada Apa dengan Halaqah





ADA APA DENGAN HALAQAH
Oleh Nurul Adibah Rahmat






Ada Apa dengan Halaqah?


Ya Ilahi,
Jangan matikan diri kami dari terkubur dalam Dunia Tarbiyah……
Hidupkan kami dengan semaian Halaqah……

Jadikan di antara kami seorang Murabbi dan Mutarabbi jiwa yang kental untuk menempuh awangan jalinan cinta dariMu…….

Kuatkan ikatan kami Ya Allah,
Di antara hamba-hamba yang berukhuwah keranaMU, bersatu keranaMu. Amin.


DOA RABITAH
(Oleh Imam Hassan Al-Banna)

            Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihaniMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu (yang benar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.







          Kutujukan Doa Rabitah untuk sahabat-sahabatku yang ku cintai dan sayang. Semoga dengan setiap doa ini ukhwah kita bertambah erat walaupun berjauhan mata dan pandangan,tapi hati-hati kita sentiasa bertaut tak kira di mana kita berada.

       Sepucuk warkah yang menjadi peneman sejati yang setia selain al-qur’an yang sentiasa di bawa ke mana-mana. Kata- kata yang tulus yang hinggap dalam getaran nubari yang menyuntik sukma dalam meraih redha Ilahi.
        
        Assalamualaikum, ana bingkiskan warkah ini untuk sahabat ana yang tersayang Lina Aisyah Aleena, semoga masih bersama dalam cintaNya walau jarang bersua, kita masih ada waktu nanti bila di alam kekal nanti. Dengarkanlah sisipan hatiku untukmu.

           Bertemu dalam restu, berjanji dipatri dalam adunan Ilahi. Bersama menyemai
     tuntutan dakwah kepada serumpun segenap pelosok dunia. Menyebarkan syiar Islam
    untuk seisi buana.  Menyaksikan pertarungan hamba yang bermuhajadah dalam
    melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi menjejak dengan sentuhan
    lenggokan firman Ilahi dan acuan sunnah Nabiyullah. Melakarkan seorang
    hamba yang melangkah ke dalam sebuah perjalanan kebenaran. Di situ bila
    menjejakinya jangan bermimpi untuk menyantun kesenangan dunia kerana setiap
    hamba yang bermujahadah menuntut redha Allah adalah kesusahan jawapannya.
          Telah tersedia keperitan bagi hamba yang ingin melakarnya kerana bagi
    mereka yang bermujahadah cinta Allah yang begitu mendalam. Kebutuhan rohani
    kepada kepadatan iman dan kebutuhan jasmani kepada sebuah kesihatan yang cergas dan  
    cerdas. Tetapi intipatinya masih tetap melalui hati iaitu rohani yang mencorakkan sebuah
    kesihatan yang unggul.
          Semua berkawan, tapi belum tentu bersahabat. Tetapi dengan bersahabat sudah tentu  
    sudah lama berkawan. Sahabat dari hati kemahuan sendiri atau dengan hati kemahuan dari  
    Allah? Kita sendiri yang tentukan niat kita untuk bersahabat.
           Duhai sahabat yang tersayang, usah hati membungkam rasa kerana kepalitan
    kehidupan yang duka, tetapi bersukalah dalam redha. Biar kekurangan, tapi bahagia dan
    tenang. Biar perit tapi masih dalam redha Allah dari senang yang sebenarnya dalam azab
    Allah.  
                                        
                                                                                                               Dari sahabatmu,
                                                                                                             Adibah Syauqiyyah

                                                    



             Seusai itu terusku hamparkan kenangan kepada sahabatku walau kami dari latar belakang yang cukup berbeza. Tetapi ku tetap menyukai bersahabat dengannya. Bagaimana suatu ketika membawaku kepada suatu tempat yang sungguh asing yang tak pernahku jejaki dalam hidup dalam dunia itu. Itulah kali pertama yang membawa kemanisan hatiku.
*****

Terngiang- ngiang kata-kata seniorku, tarbiah bukan segala-galanya, tapi segala- galanya bermula dengan tarbiah. Kagum ku dengannya walau beliau course Accounting, tetapi pemahamannya mengalahkan pelajar Aqidah sendiri. Kerana dia tetap juga seorang yang muslimah dan hanya bidang pengajiannya sahaja yang berbeza dari sudut pandang.

Di bumi USIM kami menata titian jambatan ilmu dalam Tahun Dua. Meredah dengan santunan melabuhkan insan yang lebih intelektual cenderungnya pada pemikiran dan rentas ragam pengalaman. Taklukan jiwa meraih kehidupan harian sebagai pelajar yang mengayuh perjalanan jihad di medan ilmu.
*****

Kuilhamkan diri membuka rasa. Terjeda pada waktu yang menyingsing. Melakar kanvas sebuah tingkah kehidupan. Menuturkan bait-bait pentas ragam manusia. Pasrah dalam redha menghayun santunan fikrah seorang hamba yang tenang lagaknya. Kitab furqan dan sunnatullah menjadi panduan harian.

Meraih suci di tangan yang hanya pada zahir belum tentu tampaknya di hatimu. Di hatimu yang terletaknya peganganmu. Keyakinan pegangan pada agama itu lebih tampak gusar dengan pemakaian. Pemakaian yang baik itu dakwah. Tapi jangan lupa, semua orang di hati mereka secara fitrahnya inginkan kebaikan. Kebaikan yang terlahir di batin yang tampak pada i’tiqadnya.

***


“Aisyah, izinkan ana untuk bertanya. Mengapa ana tengok enti lebih banyak bersahabat dengan orang tak pakai tudung labuh macam enti. Yang macam kiteorang semua ni”. Tanya Sakinah kepadaku.

“Sakinah, secara jujurnya. Dekatilah sahabat yang membawamu ke syurga. Ana pernah bertanya sendiri kepada insan- insan yang tidak bertudung labuh, yang ber‘shawl’, malah free hair. Ana tak cakap ana sempurna baik, kerana setiap manusia itu tak pernah terlepas dari kelemahan dan kekurangan. Dari intipati maksud kekurangan dan kelemahan itulah ana ambil sebagai satu analogi yang cukup mudah di terbalikkan maksudnya.” Terangku padanya.

“Apa yang enti analogikan tentang kelemahan dan kekurangan? Apa maksudnya?” Tanya Sakinah kepadaku.

Kelemahan dan kekurangan itu mesti dan wajib ada pada setiap insan. Bagi ana, kekurangan dan kelemahan pada diri seseorang itu satu keistimewaan. Yang mana bila orang memandang rendah, di situlah keunikannya tersendiri malah satu kuasa luar biasa hebatnya bila kita meyelami ke dasarnya. Ana nak tanya satu soalan kat enti.

 Enti nak tak berkawan baik dengan yang tak bertudung labuh macam enti? Maksud ana yang hanya berselendang dan boleh jadi hanya pakai sekali sekala tudung.” Tanyaku.

“Ana rasa, tidak kot. Kawan biasa- biasa boleh lah. Nak jadi kawan rapat tak kot bagi ana. Ana takut ana pandang prejudis dan takut ana yang terjebak pula”. Kata Sakinah dengan jujur.



“ Baiklah. Itu yang sebenarnya yang ana nak tahu jawapan dari enti. Bagi ana, kelemahan itu satu tabir membuka ruang kita kepada luasnya nikmat. Nikmat nilaian persaudaraan contohnya. Dan jua ia memberi ruang kita melebar pentaskan dengan cahaya keberanian. Berani kerana haq. Persaudaraan sesama muslim. Jangan pandang enteng yang di mana kelemahan itu tetap kelemahan. Bukalah ruang kelemahan itu sebagai satu keistimewaan yang terindah dalam menikmati hidupmu.

Biar ana bagi satu contoh kat enti. Contohnya, bila seseorang itu tahu kelemahannya pada bacaan al- qur’an. Banyak kali belajar pun dia tetap lemah juga dari segi tutur kata dalam bahasa arabnya. Hingga kadang- kadang dia hampir berputus asa dengan kelemahan dia yang tidak boleh membaca dan bertutur dengan baik. Hingga banyak kali tumpah air mata tiap kali ingin memulainya hinggalah sampai dia penat. Penat dan menangis hingga terbawa dalam tidurnya.
Dalam tidak sedar, dia memeluk erat al- qur’an yang ada disisinya ketika dia bangun. Dia berusaha dan terus berusaha untuk mengatasi kelamahannya. Sekembalinya, dia memeluk erat di dadanya yang paling dekat dengan hati dan lantas memejam matanya. Suatu perasaan aneh lahir di jiwanya. Perasaan ketenangan yang memberi dia kekuatan saat menggenggam kemas al- qur’an di hatinya. Satu perasaan yang bila masa puncak bunyian syurga tatkala  menekup telinga seketika dalam waktu yang agak panjang sambil memejam mata.

Tapi dia tak berputus asa kan? Dia menggunakan kaedah lain. Dia belajar untuk penuhi keyakinan untuk tingkatkan diri. Malah, dia menggunakan audio untuk membantunya mengatasi kelemahan dia. Suatu perkara takjub yang dia rasai saat menggenggam erat al-qur’an di hatinya. Perasaan cintanya untuk membaca dengan baik dan lancar berkobar- kobar dengan sendirinya. Walau pada awalnya dia sedari kekurangan dan kelemahannya. Bila mana al-qur’an yang engkau sentuhi. Takluki ia maka akan di permudahkan. Insyaallah. Hingga pada saat akhirnya dia boleh membaca dan bertutur dengan baik. Malah dengan cemerlang sekali.




Antara dua perkara yang enti sentuhi enti dan berkawan dengan orang- orang biasa tak menjadi masalah. Ada yang pernah bertanya kepada ana. Kenapa perempuan yang bertudung labuh bila kiteorang pandang diorang malah senyum lagi, diorang tak nak senyum kat kiteorang? Malah diorang duduk jauh- jauh lagi dengan kiteorang? Kiteorang suka tengok orang yang pakai tudung labuh dan berhasrat nak pakai tudung labuh jugak suatu hari nanti.


Kejamkah nilaian enti terhadap perempuan yang bertudung biasa- biasa sahaja atau yang sekejap pakai sekejap tak?

Mereka punya hati dan perasaan juga. Mereka juga pernah buat silap dan masih dalam proses mengenali diri. Di mana hak hati mereka dari enti?”. Kataku lagi.

“Asif ya ukhti. Baru ana faham sekarang ni. Ana tak akan prejudis terhadap mereka dah. Astaghfirullahal azim ”. Kata Sakinah padaku dengan tertunduk menyesal.

 “ La ba’sa ya ukhti. Ana pun berasa macam mereka jua sebelum ana bertudung labuh. Maka ana memahami mereka. Ana tahu, keluarga enti keluarga dakwah yang dari sejak enti belum lahir lagi. Bersyukurlah. Ana bukan dari keluarga macam enti. Tapi alhamdulillah, pintu hidayah Allah merangkak dengan penuh indah aturan yang Dia aturkan. Perubahan sedikit demi sedikit yang membuahkan hasil dalam keluarga Islami yang ana kecapi hari ini dan seterusnya. Kehidupan yang lepas sebagai ibrah, kehidupan yang mendatang dengan penuh tujuan menggapai redha Allah. Amin. ” Kataku.

Subhanallah ya ukthi. Pantas sahaja dia memelukku erat sambil menangis.





“ Ana punya kisah tersendiri. Malah makin kuat keyakinan pada Allah. Bagaimana tabir hidup ana di sentuh orang- orang macam ukhti. Sahabat karib ana yang bertudung labuh malah berniqab tetapi masih mahu berkawan baik dengan ana yang hanya kadang- kadang bertudung malah acapkali free hair mudahnya. Penemuan dalam restu Ilahi di dalam masjid menjadi penyaksian ukhuwah kami bertaut. Bagaimana dia memberi senyuman dan bertegur sapa dengan ana. Kami berkenalan dan menjalinkan persahabatan hampir 3 tahun. Surat cinta maksud ukhuwah itu yang menjadi hidayah Allah kepada ana kepada perjalanan muslimah alam erti kata yang sebenar. Surat cinta yang menusuk hati dan terima cinta yang penuh indah.


 Erat dari hari ke hari dan alhamdulillah kini beliau merupakan kakak ipar ana dengan abang ana yang sulung dan kini mereka sama- sama melanjutkan pengajian pondok di Indonesia. Walau telah menikah, semangat galian ilmu dalam hati mereka tetap utuh dan teguh walau bukan di puncak menara gading.

 Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit beliau membawa cahaya dalam rumah kami dan kehadiran cahaya mata mereka yang sulung, mereka tetap meneruskan pengajian menuntut ilmu Allah. Ilmu Allah yang kita pelajari tak akan pernah habis. Maka galilah dengan penuh sabar dan dalam keadaan redha yang penuh berkah.

Insyaallah, semester akhir ini tak lama lagi ana akan bernikah dengan seorang ikhwah pondok. Walau kami berbeza pengajian antara Universiti dan pondok, insyaallah tujuan kami masih sama dalam menggapai redha Allah dan bersatu kerana yang Satu. Berkah yang ana cari bukan kerana nama. Tetapi kerana agama. Doakan restu kami dalam menggapai redha Allah. Jemputlah ke walimah ana ”. Kataku.

“ Barakallah ya ukhti. Alhamdulillah. Subhanallah. Insyaallah. Menikah itu mendidik dan terdidik. Penuhilah separuh agamamu lagi dengan penuh berkah. Insyaallah. Amin ”. Kata Sakinah padaku.



“ Syukran. Mendidik ana lebih fokus belajar dan sebagai zaujah tak lama lagi. Satu tanggungjawab yang besar pada zahir dan maknawinya. Tetapi insyaallah, bakal zauj ana akan sambung pengajian di Darul Maliki di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dekat tempat ana belajar di Nilai. Hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja dari tempat belajar kita ”. Kataku.

Menunggu saat diijabkabulkan dengan telahan iman aku terima nikahnya. Saat itu perjuangan kita terlakar. Syurga dunia bakal di kecapi. Di situ harungan syurga akhirat bakal teruji dengan nilaian dengan lebih akrab dengan akhirat  apabila ujian nikah itu mendatang sabarlah redhalah ada bahagia untukmu kelak. Bahagia itu ada dalam saat ijab kabul termeterai dengan zauj yang soleh dan zaujah yang solehah yang beriman.




Cinta manusia masih belum pasti. Perjalanan cinta manusia dalam mencari redha Allah itulah antara nikmat syurga nurani yang terindah di dunia sementelah menunggunya di akhirat kelak bersama – sama di alam tinggi kelak. Amin.




*******


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...