Sunday, May 1, 2011

Erti sabar

                                                                                Episod 2

Assalamualaikum........
Kali kedua ana membicarakan tentang sabar. Erti sebenar mengenai sabar. 
              
Menurut Bp. Quraish Shihab dalam bukunya "Menyingkap Tabir Ilahi", kata asshabur(Allah Maha Penyabar) berasal dari akar kata yang terdiri tiga huruf:shad,ba dan ra.

Makna dari kata ini adalah:
1-      Menahan
2-      Ketinggian sesuatu
3-      Sejenis batu

Dari makna menahan lahirlah maknanya “konsisten/istiqomah”.Kerana apa? Kerana sikap menahan pandangannya terhadap sesuatu gelojak pada diri(nafsu) yang di namai sabar.

Ada 2 coretan aku nak paparkan tentang nilai kesabaran…Dendangan dariku….

    Andai saja pemimpin tidak sabar dalam tapuk pemerintahannya,pasti tidak akan berhasil memimpin dan akan jatuh.Oleh kerana itu,orang yang tidak pernah sungguh-sungguh melatih kesabaran dalam kehidupan ini ,maka dia akan menderita.Kerana sabar membuat daya tahan yang luar biasa dan memperindah peribadi seseorang itu.

Yea…Aku benar-benar bersetuju kerana bagiku orang yang sabar adalah orang yang hebat luar biasanya.Kerana dia akan menahan setiap godaan nafsu yang berada disampingnya ketika itu.

Kesabaran itu ketenangan
Yang menusuk di kalbu
Mendakap jiwa merasa senang
Pada jiwa insan bertuhan

Kerana sabar itu
Aku pertaruhkan pada
Jiwa dan ragaku
Kerana islam yang aku cintai

Sabar. Kadang- kadang dalam teduhan mata boleh menampakkan sifat sabar seiring dengan insan yang dapat mengingati Tuhannya dengan baik sekali. Sangat baik sekali penghayatannya kerana sabar adalah sebahagian dari iman. Maka ingati dalam sebaik askara senuah lautan hati.

Wahai diri,

sabarlah
sabarlah
sabarlah

kamu akan konsisten terhadapnya
maka kamu adalah di kalangan orang yang berjaya.

berjaya dalam diri seorang hamba
bila mana iman menyahutnya engkau telah bejaya wahai diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...