Friday, November 16, 2012

Ada Apa Pada Nama?

Bismillah salam penghulu hari di waktu subuh...kali pertama menge'post' di subuh hari. Terdetik untuk menghurai takwilan. Seawal 4.30 pagi sudah bangun kerana lenanya dalam dakapan "mati sementara' dengan bila badan penat dan makan ubat. Tidur terasa nyenyak. Hadiah Ilahi untuk hambaMu ini yang bermujahadah menuntut ilmu dan di bangunkan untuk menemuiMu.


Doa yang sering ku amalkan dari huraian ijazah sanad dari pndok tempat yang ku telah pelajari walaupun hanya 2 minggu ku rasakan kepekatan CINTA YANG DAMAI. PONDOK PASIR TUMBOH.  Di situ ku tadah pengajian kitab yang penuh ketenangan selama ini. Yang tidak pernah di rasai sebagai penuntut ilmu dengan maksud yang sebenar dari situ. Allah. Kau titipkan cinta yang indah. Cinta dalam huraian sebuah hati yang dahagakan ilmu di parteri dengan makna yang sebenar. Pengganti jiwa yang penuh kerinduan di bumi kinanah. Duhai BUMI KINANAH,seringkali meragut jiwaku hingga tak keruan.




YA ILAHI, saat janji Kau benar hambaMu di uji tanda cinta sebagai manusia itu aku kenali. Dengan di tambah mujahadah dalam menuntut ilmu. Kesabaranku tercabar hingga ingin sahaja melaungkan ketidakpuasan dan MERONTA tidak perlu kepada kesusahan. JIWA MERONTA TIADA SIAPA YANG TAHU...HANYA DIA....YA, HANYA DIA segala-galanya untuk sang KHALIQ pencipta kita.

Doa yang ulama' sentiasa guna dalam menuntut ilmu....

يا اله اكرمني بالفهم والحفظ حتى أحفظ سمعت من العلم والقرآن
Wahai tuhan kami yang a'zhom,akbar, muliakanku dengan kefahaman dan hafalan sehingga aku menghafal apa yang aku dengan daripada ilmu dan qur'an yang telah aku pelajari.

Amiiin.

Beramal dengan ini di iringi zikir, alhamdulillah nampak susah di sebalik pelajaran yang padat sem ni. Alhamdulillah Allah mudahkan hambaNya dengan mengingatiNya. Bila belajar atau present kat depan, EXAM dan sebagianya. Alhamdulillah boleh buat semuanya dengan izinNya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah yang tak terhingga.

Dan tak pernah lupa...keberkatan menghidupkan sunnah. permulaan hari dengan makanan sunnah dan seutas tasbih. HABATUS SAUDA', KISMIS, KURMA, MADU menjadi santapan di permulaan hari belajar. Alhamdulillah ada pada rezeki yang berkat. " sesiapa yang menghidupkan sunnahku di akhir zaman, terdapat pahala yang banyak untuknya".

(bukan itu sahaja, berpakaian...contohnya jubah, tudung labuh bulat, ianya sunnah (mulakan pemakaian dengan niat sunnah...insyaallah akan dapat pahala sunnah.) ....so that, I LOVE JUBAH/ABAYA very much. Tudung labuh in progress....di tarbiyah oleh sang guru di UIA..thanks ustaz Ali tarbiyah pakai tudung bulat walau dulu memang tak nak langsung pakai. pada kotak pemikiran pada mulanya cukuplah dengan tudung 3 segi labuh bidang 60, labuh juga tu ustaz....La', wahiya laisa minassunnah, wa laisa minal mu'minat...haza...wahiya minas sunnah (sambil berkata tudung labuh bulat itu lah pakaian isteri- isteri nabi). Kewajipan memakai tudung bulat ke kelas ustaz akhirnya membuahkan hasil anak muridmu kini memakainya dan mengikut pakaian isteri-isteri nabi. <kata-kata ustaz yang tak pernah lupa sampai sekarang>. But, I open minded bab pemakaian, janji labih paras dada, tiada masalah.




Seutas TASBIH untaian wasilah tawasul kepada Allah dengan berzikir dan berselawat. MULAKAN HARI ANDA DENGAN SEBUAH CINTA KEPADA ALLAH DAN NABI. Pasti baik tingkahnya, insyaallah.

Bila masa belajar dengan kelas yang padat?
Masanya bila hujung minggu. Orang lain ber 'holiday' dengan cuti. Yang lain enak tidur di siang hari. Yang di sini di segenap hujung minggu lebih banyak belajar dan berfikir sepanjang hari sampai tak nampak matahari dan tak jejak tanah pun. Lebih selesa dengan begitu. YA, ditarbiah hati memujuk diri di situ yang terbaik.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nama siapa?
NURUL ADIBAH.

nama siapa?
FARAH ADEEBA

nama siapa?
DIBA

nama siapa?
panggil aje DIB

nama siapa?
NUR ADIBAH

nama siapa?
MOHAMAD ADIB  

nama siapa?
AHMAD ADIB

nama siapa?
NIK ADEEB

nama siapa?
ADIB ILHAM


dan macam- macam nama kan? semua di atas bermaksud BERPENGETAHUAN LUAS, PERADABAN, SASTERAWAN/WATI,TARBIYAH.


Nama di sebalik nama?

Di berikan setiap nama oleh ibu bapa mu yang begitu meyayangimu. Ibu yang melahirkan (next, my turn pulak menjadi ummi untuk anak-anak). Kehidupan ni ikut pusingan sekarang menjadi anak dan belajar, tugas sekarang BELAJAR, kejap lagi lepas tu berKAHWIN, ada SUAMI, ada ISTERI, lepas tu ada ANAK pulak. Mendidik,membesarkan dan menjaga mereka amanah dari Allah. Lepas tu dapat cucu pula dan begitulah seterusnya. Ianya 1 pusingan hidup tapi tak bermakna kita menjadi hamba yang hanya mengikut aturan. "ALLAH tak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya"(QS:AR-RAAD)..

N------Nama yang di berikan oleh ibu bapa yang zahirkan dan di batinkan Allah dengan maknanya tersendiri. Berilah nama kepada anakmu dengan ada makna yang baik. (insyaallah anak-anakku kelak nama pejuang islam)

A-----Allah bagi nama bukan sia-sia. antara nama dan jasad yang saling berkait. Tingkah dalam hidup saling berhubing kait dengan nama. Dan setiap nama itu adalah satu doa.

M-----Manusia di cipta untuk apa? untuk menjadi khalifah di muka bumi kan? Maka laksanan sebagai mukallaf yang berpegang kepada al-qur'an dan as-sunnah. Allah. Sungguh beruntung kau duhai manusia di antara makhluk yang paling istimewa di muka bumi ini. Ingat, dunia hanya persinggahan. Tujuan utama kita untuk akhirat.

A-------Amanah di sebalik nama. Apakah ia? Amanah dengan maksud nama.




Ada apa dengan nama?


1. TARBIYAH..
kenapa nama aku dengan maksud tarbiyah?
a da ba...a da biyah...bittarbiyah. Apa maksud tarbiyah dalam bahasa melayu? maksudnya PENDIDIK/MENDIDIK/DIDIK/TERDIDIK.....pilih sahaja yang mana rasa nak.


                                                                                                  nantikan seterusnya.......
                                                         (al-adeebah:perindu hirupan syuhada')




doakan untuk GAZA....

Tuhanku, maafkanlah kami andai ketika rakyat dihujani bom dan serangan Israel Laknatullah, kami tiada daya untuk membantu. Kami hanya mampu berdoa kepadaMu Ya Rabb.

Kami mungkin tiada jawapan jika Engkau menyoal kami kelak. Kami mungkin hanya berdiam diri andai ditanya apa usaha kami untuk membantu mereka. Mungkin usaha kami tidak sebesar mana, tapi kami mohon sampaikanlah doa-doa kami dan Kau bantulah mereka dengan KekuatanMu, KekuasaanMu. Hanya padaMu kami berserah, dan hanya padaMu kami meminta pertolongan.

Moga hambaMu yang gugur di sana tika ini menjadi wangian kembang mekar di SyurgaMu kelak. Amiiinnn.. :')









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...