Sunday, November 25, 2012

Ujian itu TARBIYAH ALLAH


Salam penghulu cinta kepada kekasihku Nabi Muhammad...Belajar menyemai cinta pada maksud yang sebenar. Jika engkau(hamba) cinta Aku maka ikutilah Aku(Nabi Muhammad)

kata hamba faqir untukku:
Kita hendaklah mencintai Allah yang di dahului. Kita kenal, cinta, kasih dan sayang kepada kekasihnya iaitu Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Baru kita dapat dan kasih sayang Allah dengan sebenar- benarnya.


Subhanallah. Nangis teresak-esak diri kali ni. Sakitnya sangat terasa. Ya Allah.
TarbiyahMu kali ini merasakan tenang selepas nangis. Nangis ku bukan menyalahi takdir. Tapi jiwaku yang terkesan sebuah nilaian dalam kehidupan. Kerana aku hamba yang lemah yang sentiasa memohon pertolonganNya.

Jangan ikutkan hati bila masalah melanda. Nanti hati rosak, badan rosan dan seterusnya amalan rosak. Berhati- hati dalam setiap apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang manis. Melaluinya sangat perit tapi ingat, tersimpul hikmah yang punya sejuta rahsia hadiah dari Allah.

Boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan pada pandangan Allah itu tidak baik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
al-kisah tentang seseorang(tak boleh bagitahu tentang orangnya, mereka pasangan yang akan di akad nikahkan tak lama lagi)-----seiman menuju mardhatillah-----

SYURGA KAHWIN MEREKA TERLETAK PADA PUNCAK SYURGA DENGAN TUJUAN UTAMA DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH!! ----Allahuakbar------



Si tunang lelaki tak pernah berborak dengan tunangnya walaupun si tunangnya pernah bertandang ke runah tunangnya. Perisai iman menjadi aturan mereka sementelah menanti halal. Hanya air tangan masakan tunangnya sahaja bahasa komunikasi antara 2 pasangan yang bakal di ijab kabulkan tak lama lagi.

Si Lelaki ini hanya mampu melihat tunangnya dari jauh sahaja dan senyuman tunangnya sahaja yang hanya dapat di lihat di rumahnya bersama ibu bapanya. Tidak pernah sekalipun dia membawa tunangnya berjalan berdua- duaan apatah lagi berborak. Hadiah pun jarang di beri kerana menunggu kemanisan yang ada di saat setelah halal.

Hampir setahun tempoh ikatan mereka.

Satu hari di waktu si tunang(lelaki) mesej kepada tunangnya.

A : Salam wahai bakal ummi kepada anak-anakku. Saya nak tanya satu soalan kat awak ni.
      Bolehkan awak?

B : Salam wahai pejuang agama dalam menegakkan agama Allah. Boleh, silakan.

A :  Awak boleh tak hidup tanpa saya?

B : (tiba-tiba mendiamkan diri).

A : Awak

A : Awak, mati itu satu kepastian.

Lama tunangnya tak balas mesej tunangnya. Rupa- rupanya tunangnya menangis kerana telah terbit sayang dalam dirinya. Kerana Allah mereka di ikat menjadi satu ikatan menuju halal. Pertemuan mereka atas takdir Allah dengan persetujuan ke dua belah pihak yang menyatukan mereka menjadi satu ikatan. Hingga saat ini, mereka hanya berbalas mesej sahaja tanpa pertemuan yang maksud sebenar.

monolog hati tunangnya dengan kata- kata tunangnya.

" Allah. Aku menyedari hakikat kematian. Ya Allah, tunangku adalah pinjaman dariMu. Aku redha. Ya Allah, izinkan aku menjadi isterinya dan lahirkan zuriat untuknya walau sementara. Aku ingin lahirkan benih pejuang agama untuknya."

Tak lama selepas 4 jam dia bergelut dengan perasaan dan berdoa. Barulah dia membalas mesej kepada tunangnya.

B : Ya awak. saya mengakui hakikat itu.

A : Awak, nanti saya dah tak ada awak cari pengganti ye.

B : Kenapa saya kena cari pengganti? Tak nak lah saya. Kalau saya cari pengganti, saya dah
      tak jumpa awak kat akhirat nanti. :(

Makin tersedu nangis tunangnya. Kenapa kena cari pengganti?

A : Awak, kita kan orang yang di tarbiyah. Saya nak awak teruskan jalan dakwah ni dengan
      ada pembimbing di sisi awak. Saya tak nak awak bersendirian. Untuk anak- anak kita
      juga nanti ( jika saya ada kesempatan mempunyai anak-anak bersama awak). Saya
      tak nak tarbiyah yang dalam diri awak hilang macam tu je. Saya ikhlaskan diri untuk
      awak.





                                                              25/11/2012---
                                             NURUL ADIBAH BINTI RAHMAT
                                             hasil nukilan di ilhamkan dari Allah





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...