Friday, November 9, 2012

SELEMBUT MARSHMALLOW


Ku hulurkan pada sambutan awal dengan ucapan bismillahirrahmaanirrahim.......

Selembut marshmallow pada kunyahan

Melembutkan hati yang di pateri

Adunan iman dan amal yang di hasilkan

Mencambah pada sukatan iman pada hati.

 

 


   Di sebuah perhentian di muka bumi. Terlakar sebuah pentas yang menyaksikan persuratan  yang memakmurkan dunia iaitu yang bernama sang khalifah. Sang khalifah yang mentadbir perjalanan dunia. Menzahirkan kisah maknawi memberi erti. Dalam tingkah melaksanakan sebuah kehidupan.

         Pada sang diri melakar jutaan rasa yang tak terhingga dalam mengayuh kehidupan. Menyuluh kehidupan dengan acuan yang sahih dalam melaksanakan hidup. Berpaksikan  al- qur'an dan as- sunnah.



Kita manusia. Kita hamba Allah. Kita ummat Nabi Muhammad. Kita umat akhir zaman.

  

       Persyaratan sebagai hamba. Ikutilah suruhanKu, tinggalkanlah laranganKu. Dalam naungan redha Allah, pautannya mengikut sunnahNya ( caranya) dengan melakukan amal soleh.



      Yang sukar di teladani dengan istiqamah. Mencuba. Seringkali tersasar. Walau seringkali tersasar, tak pernah putus asa sentiasa mencuba. Lelah, penat. Lumrah dalam pentas untuk meraih perjuangan yang tercinta. Pentas yang di lalui berliku dan penuh dusta. Dari manusia yang berjuta yang punya  pelbagai corak langkah yang menghayunkan pentas. Yang baik, yang alim, yang jahat, yang dhaif, yang naif, yang jujur, yang kepura- puraan. Semuanya ada.

Hanya kita. Ya, hanya kita!

     Yang berhak memilih jalan pementasan mana yang kita mahukan. Mahukan dalam keadaan amal soleh atau dalam keadaan amal korih. Kita yang menentukan jalan pentas yang kita jalani.


        Berbuat baik atau melakukan maksiat. Kita yang laksanakan. Terserah.


       Tetapi, dalam intipati yang paling dalam setiap muslim. Setiap orang Islam dari sudut benak yang paling mendalam punya iman. Iman yang  kukuh. Samada naik atau turun sahaja imannya dalam langkah pentas yang berjalan itu.

Ya, sudah lama bersemayam dalam diri seorang muslim. Tak kira dia baik atau jahat. Ianya telah lama terpahat. Cuma bertanya pada diri sahaja.


Apa yang kita mahu??

Dunia atau akhirat?

Dunia sahaja tanpa akhirat?

Akhirat sahaja tanpa dunia?

Atau kedua- duanya, dunia dan akhirat.


Sentuhan nubari yang di kasihi. Anjurkanlah diri setiap muslim.

Letakkan dunia di tangan. Bukan pada genggaman. Hanya sentuhan tangan yang melaksanakan. Dan letakkanlah akhirat di hatimu. Di setiap pelosok hatimu.


Suka sekali memberi irama wasiat dari para alim ulama', Syeikh Abdul Qadir al- Jailani:

Wahai hamba…..!

Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat. Jadikanlah kedua- duanya dalam wadah yang sama, dan menyendirilah di hadapan TuhanMu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung, dengan hati yang kosong, tanpa dunia dan akhirat. Janganlah engkau menghadap kepada- Nya, kecuali engkau telah menepikan semua yang datang selain daripadaNya. Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluk, sementara engkau terjauh dari Khaliq ( pencipta ). Putuskanlah semua sebab ini dan cabutlah semua halangan ini. Jika telah memungkinkan, jadikanlah dunia untuk jiwamu, akhirat untuk hatimu dan Tuhan untuk batinmu.


Wallahua'lam bissawab. Wassalam.




              Sebuah pentas yang bernama bumi. 
Penduduknya makhluk Allah 
yang terdiri dari manusia, haiwan dan tumbuhan.
        
 Bersama- sama melayari kehidupan. 
Alangkah bertuahnya yang bernama manusia 
makhluk teristimewa di muka bumi 
yang mempunyai akal dari makhluk yang lain.
        Makhluk yang paling sempurna di ciptakan Allah.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...