Friday, March 23, 2012

GEN NOBEL KAHFI 1

CERPEN
GEN NOBEL KAHFI 1
Oleh Nurul Adibah Rahmat




“Keyakinan tidak datang dengan tiba-tiba.
Allahlah yang meyakinkan hambaNya”.







“ Kenapa kau berkata begitu pada aku? Aku tak lemahlah. Tak, tak, tak dan tak!
Tidak sama sekali ”. Kataku.

“ Aku cakap kau lemah. Memang kau lemah. Kau tak terapkan dalam diri kau sebenarnya. Kau hanya berkata- kata semata-mata. Kau masih tidak cukup. Kau tak melaksanakan sebenar- benarnya. Engkau lemah,lemah dan lemah.” Kata dia.
Kahkahkahkahkah.........................




“ Tidak. Aku tak lemah! Aku terapkan. Terpaku aku dengan kenyataan itu dengan tiba- tiba.” Kataku lagi.

 Berdetak iman aku seketika. Benarkah apa yang suara itu cakapkan?


 


“ Kau!!!! Aku tahu kau lemah. Kau lemah, lemah,lemah dan lemah.” Katanya lagi padaku.
Kahkahkahkah..........

Suara keras itu berkata lagi dan terngiang – ngiang di telingaku. Datang menyapa tanpa di pinta. Sentiasa meragut diriku yang ingin mendalami. Aku mencubit pipiku seketika. Aduh sakitnya. Tidak! Aku tidak bermimpi. Suara itu datang lagi.

Kau!

“ Tak, aku tak lemah. Kataku lagi. Aku ada pegangan. Itu hujah aku. Kau, dengar sini aku nak bagitahu kat kau. Islam tak pernah menyusahkan hambaNya, satu tuntutan kepada diri kita wajib dengan 3 asas tu.

 Dengan hadirnya nilai islam, memberi nikmat kepada bagi yang menganuti. Iman itu hadir selepas dengan adanya agama islam.

Tiada iman tanpa Islam. Iman itu menumbuhkan dengan nilai- nilai Islam. Itu yang membezakan antara kita dengan kafir.

Dan untuk apa kita di cipta?

Tentu ada rahsia di sebaliknya. Satu keyakinan kepada Allah melalui asma’ was sifat. Yang wajib kepada semua yang beragama Islam mengetahui dengan sifat- sifat wajib bagi Allah. Iaitu tauhid lebih mudah di fahami.” Aku memberitahu padanya dengan jelas lagi.

“ Ah, kau hanya tahu berhujah. Kau tahu tak? Ilmu Allah yang Allah berikan bukan untuk berhujah antara satu sama lain dan bukan tengok siapa yang lebih pandai.” Katanya lagi.

Segera aku memintas suara itu. “ Habis tu, kau? Kau dulu yang berhujah denganku.”

“ Kau tahu tak, Islam bagi kita berhujah untuk satu kefahaman yang lebih jelas. Lebih- lebih lagi pasal agama. Janji ia secara berhikmah. Tu yang Islam ajar. Aku tak cakap untuk tengok siapa yang lebih pandai pun. Kau yang bercakap, bukan aku. Aku ada hak juga untuk bersuara.” Kataku lagi dengan lebih tegas lagi untuk bersuara.

“ Tidak. Aku tidak berhujah dengan kau. Aku ingin menyelamatkan kau dari api neraka. Ilmu agama adalah nikmat ilmu untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam dan lebih dekat lagi. Bukan untuk berhujah atau berdebat untuk tengok siapa yang betul atau siapa yang salah.” Katanya lagi agak mencabar jiwaku.

“ Kau nak selamatkan aku dari api neraka? Siapa kau? Kau tak berhak pun cakap macam tu!” kataku lagi seolah mempersendanya.

“ Aku berhak untuk kau! Sebab aku memang akan sentiasa bersama dengan engkau.” Dia datang menyampaikan haknya.

“ Sebelum tu, aku ingin bertanya pada kau.” Dia bertanya lagi

“ Adakah engkau sudah benar-benar telah bertasyahud dengan kalimah asyhadualla ilaahaailallah wa asyhaduanna wamuhammadur rasulullah?” Suara itu bertanya lagi padaku.

Dengan sekilasnya aku menjawab. “ Ya, sudah lama aku menggunakan kalimah ni hingga waktu ini, tumbuh  menjadi kebiasaan dalam pertuturanku.”

Benarkah? Ah, aku pun tak mengerti. Tapi, yang pasti ya.

“ Tetapi adakah jiwa iman kau membenarkan kata- kata yang engkau ucapkan? Adakah meresap dalam tingkah laku engkau?” tanyanya lagi padaku.

‘Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan di sembah melainkanNya dan Nabi Muhammad itu pesuruh  Allah’.

“ Ya, jiwa iman aku membenarkannya. Iman aku ada di sini. Aku menunjukkan di dadaku iaitu qalbu (hati) aku. Dan, ianya meresap dalam tingkah laku aku sebagai seorang mukallaf dan hamba Allah serta membenarkan dengan pengucapanku dan beramal dengannya dengan sebuah keyakinan yang teguh.” Jawabku.


*****




Dia bertanya lagi dalam keadaan berdialog:
Dia : Sembah? Kau tahu tak? Sembah yang kau saksikan tu bukan untuk agama Islam.  
         Agama Islam bukan untuk di sembah. Ianya untuk agama kristian dan yang lainnya.
         Hal yang lainnya, sembah itu banyak membawa maksudnya dan bagaimana kita
         memandang terhadap sesuatu perkara. Sembah dengan sujud padaNya.
     
        Dia :   Aku naik saksi? Apakah kesaksian kau pada  Allah?
    
          Aku :  Ya,aku sudah bersaksi. Engkau masih lagi tak percaya?

         Dia :   Tidak. Aku masih rasa tidak sama sekali. Apakah yang engkau maksudkan dengan
                    jiwa keimanan kau membenarkan ia meresap dalam diri kau? Apakah bukti kau?
     
       Aku :   Aku yakin pada Allah. Bila aku berbuat sesuatu, aku mulakan dengan bismillah dan
                    membaca ayat- ayatNya. Selepas melaksanakannya aku berdoa kepada Allah agar   
                    setiap sesuatu yang aku kerjakan ini untuk mendapat redhaNya serta akhir sekali aku
                    bertawakal.

Dialog kami habis begitu sahaja tanpa aku temui kenapa dia tanya padaku yang bertubi- tubi. Tanpa semena- mena dia menjerkahku hampir gugur jantungku.






****
Kau!
 “ Dengar pada yang akanku ucapkan. Syarak tak tuntut berhujah, malah syarak tuntut kepada ilmu fardhu ain. Apakah aqidah?” tanyanya lagi padaku.

“ Aku ahlu sunnah wal jamaah atau ASWJ ringkasannya. Tapi apa yang kau terangkan tadi bukan pada ahlu sunnah wal jamaah, tetapi pada fahaman Imam Muhammad b. al-Wahhab atau yang senang di panggil semua masyarakat adalah dengan fahaman wahabi.” Dia menerangkan kepadaku aqidah yang dia pegangi padaku dengan jelas lagi.


“ Oh, ye ke? Habis tu? ” dalam keadaan yang samar. Aku seolah anak kecil yang baru mengerti sikit demi sikit.
         
“ Dengar dahulu, jangan tergesa- gesa kau menghukum sesuatu. Aqidah yang berteraskan ahli sunnah adalah sifat 20  yang berimamkan Abu Hassan al-Asha’ari dan Abu Mansur al-Maturidi. Itu semua fahaman imam Muhammad b. Abdul Wahhab. Betulkan aqidah anda sebelum bertemu maut! Suara itu kembali ghaib.

Biar aku terangkan pada kau apa itu ahli sunnah wal jamaah dan wahabi sebenarnya secara ringkas dahulu. Golongan ahli sunnah wal jamaah ialah orang zaman sekarang yang mengikut perjalanan tabien-tabien dan orang- orang tabien mengikut perjalanan sahabat dan sahabat mengikut cara Rassulullah mengajar dan melakukan ibadah.

 Iaitu Nabiyullah kekasih Allah yang kita contohi dan teladani mengikut acuan sunnahnya (caranya) dalam kehidupan seharian kita berpaksikan tauhid dengan keyakinan, al-qur’an dan sunnah dengan sebagai panduan dan feqah sebagai rujukan dan penyelesaian setiap permasalahan serta tasauf sebagai penjana akhlak.

Mempelari tauhid tanpa tasauf umpama hilangnya kesantunan dalam segenap iman dan hati yang keduanya mesti di satukan. Feqah pula ianya tempat rujukan permasalahan selepas menggunakan al-qur’an dan hadis serta ijma’ dan qiyas mengikut zaman dan keadaannya untuk menghukumkan permasalahan. Kerana hukum feqah berubah mengikut keadaan pada zamannya. Samada wajib, sunat, harus, haram, dan syubhah.

 Dan mereka mengikut setiap kelakuan yang di lakukan seharian itu yang di namakan ahlu sunnah wal jamaah.

Cumanya, wahabi pula mengikut kefahaman yang lain seperti mereka menolak akan sunnah mengadakan tahlil, talkin di kubur, mengirim doa arwah kepada si mati, sambutan maulidur rasul dan ada lagi yang lainnya. Semua itu mereka tolak. Dari segi ibadah pula sama cuma dari segi kefahaman sahaja yang berlainan. Itulah yang di katakan wahabi.

Dan jangan kau lupa, di akhirat kelak Allah telah mengatakan golongan yang masuk syurga adalah golongan ahli sunnah wal jamaah. Bukan wahabi mahupun fikrah islamiyah yang lain. Kerana fikrah itu terbahagi kepada 73 cabang, 1 cabang sahaja yang di terima Allah iaitu golongan ahli sunnah wal jamaah sahaja.

Bukan 72 fikrah yang lainnya tidak akan di terima. Perkara asas dalam intipati seorang muslim adalah dengan aqidahnya. Jika benar aqidahnya maka selamatlah ia, jika tidak maka akan binasalah ia. Kerana itu aku ingin berdamping dengan kau dengan memberi kefahaman yang jelas untuk membawa kau ke syurga dan  sebagai seorang hamba yang bertaqwa kepada Allah dan yang benar aqidahnya” Katanya dengan lebih jelas dan terperinci lagi. Agak lembut suaranya ketika menerangkan padaku sebentar jeda tadi.

“ Tak semena- mena terpana aku dengan kata- kata itu. Terkelu sambil memikir. Betulkah? Kau tipukan pada aku? Aku tak pernah pun mendengarnya. Kau tipu, tipu, tipu. Aku menangis terkedu memikirkan hingga aku tidak lena.” Terbuai aku dalam monolog sendiri.  
“ Tak, kau tipu. Aku berpegang pada aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Aku ada juga pada sifat 20 yang wajib bagi Allah.” Tidak! Aku masih berpegang apa yang aku belajar selama ini. Itu yang di terangkan kepada aku. Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ was Sifat.” Jawapan kepada monologku memberi keterangan.

*****

Suara itu datang lagi kembali. Seraya berkata, “ aku harap kau dapat betulkan aqidah kau dengan sebenar- benarnya!” agak nyaring di pendengaranku dia berkata padaku.

 “ Lantang dan amat keras sekali suara itu. Esakan makin memenuhi ruang gelap bilikku tika dini hari. Ya Allah, benarkah?” Persoalan bermain di mindaku.
*****


“ Aku keliru ya Allah. Ya Allah, aku buntu ya Allah. Jangan biarkan aku jauh dariMu. Aku ingin dekat denganMu dengan aqidah yang mantap. Yang mendampingiku sentiasa dan membenarkan setiap apa kebenaran yang tersampai padaku. Semalaman aku tak lena memikirkan apa yang telah di ucap suara itu.” Hatiku merintih padaNya.


“Jika Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, Allah akan menjadikannya fasih ( pandai) dalam agama.”



Longlai langkahku tanpa kata. Seolah ia memberitahuku betapa beratnya pertanggungjawabanku kelak. Aku benar- benar tidak tahu. Ya, memang aku benar- benar tidak tahu. Sejak suara itu sentiasa menemani aku tentang keimanan, segalanya terjawab. Tetapi, aku? Aku makin longlai. Hingga dalam perlaksanaan dalam gerak kerjaku terbengkalai walaupun masih terlaksana. Ianya lesu.

Tanpa suara jejak iman aku melangkah, melaksanakan tuntutan yang wajib. Dalam doaku pohon. “ Ya Allah, jika ini amaran dariMu, tolong ingatkan diriku ya Allah.  Ya Allah, Engkau maha mengetahui segalanya dalam perjalanan hidupku. Jangan Engkau jadikan aku dalam golongan yang merata. Dengan ilmuMu, aku mohon ya Allah. Jadikan aku golongan yang di terimaMu di akhirat kelak. Ighfari zunubi ya Allah. Ighfari zunubi ya Allah. Ighfari zunubi ya Allah.”



“Landasan iman bukan seperti kura- kura yang lambat jalannya. Dan juga bukan arnab yang mahu mendahului seperti kisah dongeng. Ia mampu di raih dengan sedikit kesabaran yang di pelajari kura-kura. Kerana, iman itu sudah lama bersemayam di hati seorang muslim.”



*****
Dari sehari ke sehari, aku tetap sama. Memikirkan tentang suara itu lagi hingga sekarang. Langkahku masih longlai untuk ke kelas. Aku belajar agama dan aku adalah ahli agama dan semestinya aku orang yang beragama.

Selama 3 hari aku berkeadaan longlai sehingga mutaba’ah diriku sekali melayang. Tiba - tiba suara itu datang lagi. Tetapi tidak menyergah aku seperti beberapa hari yang lepas. Lembut sapaan suara itu. “ Apa khabar  imanmu sekarang?”

Segera aku menjawab, “ kau bertanya pada aku? Engkau boleh tahukan keadaan aku bagaimana? Engkau yang buat aku longlai.”

“ Kau! Kau risaukan?” tanyanya padaku.

Pantas aku menjawab. “ Ya, aku teramat risau sekali. Hingga aku tidak lena. Aku lesu. Aku takut dengan pertanggungjawaban aku kelak di akhirat nanti. Aku adalah ahli agama. Kalau boleh, aku tak nak terpilih jadi ahli agama. Aku bukan tidak bersyukur, malah aku berterima kasih kerana menjadikan aku ahli agama untuk seisi buana. Tapi, bila aku terkenangkan pertanggungjawabanku kelak.

Aku amat takut sekali hingga titisan butiran air mata seringkali tumpah. Bergetar tubuh badanku ketakutan pertanggungjawabanku kelak.

Aku takut dalam nilaian Allah kelak padaku. Berat bagiku. Aku masih dalam tempoh pembelajaran mengenali Allah dengan lebih dekat lagi mengenai ilmu-ilmuNya. Apabila aku belajar agama, orang terus menghukum aku sebagai orang yang tahu semua dalam bab agama. Ilmuku cukup terbatas. Ada masa naik dan turun. Tapi, orang kat luar sana semua tak faham.” Dalam keadaan tersedu- sedan aku menjawab.

Aku yang belajar!
Aku yang belajar!


 Berat bagiku kini dengan amanah dari Allah untukku. Aku risau dengan pertanggungjawabanku.

Suara itu kembali bergema..

  “ Dengar sini, dengan risau engkau tu Allah akan ampunkan dosa kau. Ini jaminan dari aku. Suara itu bergetar dengan nada memujukku. Suara itu berkata lagi padaku, insyaallah dengan risau kau tu, Allah akan ampunkan dosa-dosa kau tu. Bagi sesiapa yang tak tahu dan terbuat kolam dosa mahupun menyatakan, apa yang telah diperbuat dan diperkatakan dia akan terangkat, maknanya malaikat tak tulis.” Dia memberitahuku dengan nada pujukan.

 Kau jangan sedih. Kata suara itu lagi sambil menyambung kata-katanya lagi. “ Kau jangan risau, kau adalah orang yang beruntung dan disayangi Allah. Percayalah kata aku!” katanya lagi padaku.

Tiba- tiba suara itu terus ghaib entah hilang kemana. Suara itu menyejukkan dan dan menakutkan aku. Sungguh, yang tadinya aku terlalu risau kini menjadi sedikit tenang. Aku masih memikirkan.Tubuh badanku seakan tak bermaya tadi kini bersemangat kembali. Menggeletar bila mengenangkan. Hingga saat ini, aku terkelu sendirian hiba. Aku masih tak berdaya melalui liku- liku ni ya Allah. Aku pasti akan melakukan yang terbaik semampuku, insyaallah.
*****


“Risau itu membuatkan kita sedar
bahawa perjalanan yang kita lalui
semakin singkat. Lakukan semampumu sebagai
                 manusia yang terbatas.”


 Entah mengapa tiba- tiba aku teringin membuka blog seorang ikhwah ini yang tertera nama laman sesawangnya http://sharkthegreat.blogspot.com/. Tambah hiba lagi aku dengan pertanggungjawabanku kelak. Isinya bertulis mengenai perjalanan hidup pelajar dalam bidang agama seperti aku.

Tunjukilah aku ke jalan RedhaMU....



Hati hiba mengenangkan. Dosa- dosa  yang ku lakukan.

Banyaknya dosa- dosa yang telah aku lakukan... Bila muhasabah diri balik... Laghonya aku sekarang ni... Aku banyak lakukan dosa di alam maya dari dosa di alam realiti... Sosialnya aku dengan wanita... Alhamdulillah ada juga kawan- kawan  yang prihatin menegur diri ini bila aku hanyut.... Terima Kasih kepada tuan yang menegur... Sebenarnya inilah fungsi sahabat... bukan hanya berkongsi suka dan duka... tapi membimbing kita ke jalan yang benar... Tika kita salah dia membantu kita.... dan jangan kita lupa.. kita bukan sukakan dia kerana sifat- sifatnya... tapi kerana ALLAH. Ya, kerana Allah.
Kembalilah kepada luahan hati seorang yang berdosa... Saya sebenarnya kagum kepada seorang sahabat saya di Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM) kampus Nilai... Dia sebilik dengan aku pada Sem 1, 2010/2011... Karakternya sederhana tetapi amalannya lebih baik dari saya.. lebih baik dari kebanyakan pelajar Islamic Revealed Knowledge (IRK) itu sendiri.. Bagaimana amalan Qiamulailnya.... Ma’thuratnya... Puasanya... Tilawah Qur’annya.. MasyaAllah... menakjubkan... Ingin saja saya jadi sepertinya... tapi dosa-dosa saya menghalang saya melakukan... Pagi tadi, nekad dah nak bangun Qiamulail... Dah bangun dah, tapi boleh tidur balik... Dosa- dosa tebal dah menutupi iman yang nipis... Astaghfirullah... Moga Allah ampunkn dosa saya dan dosa- dosa kaum muslimin dan muslimat keseluruhannya tak kira masih hidup atau sudah meninggal dunia......
        Aku keseorangan di Bumi IIUM ( International Islamic University Malaysia), kampus Gombak ini... Tidak bersama dengan sahabat- sahabat seperti dulu di bumi Nilai... Imanku terasa meningkat bila di dalam halaqah... tapi di luar halaqah selepas sehari dua.. imanku mula tidak tentu arah... Terpesong.. cenderung kepada maksiat... Tubuh badanku berzina... Bukan zina apa.. Zina mata, mulut, telinga dan macam- macam lagi....
Aku cemburu kepada sahabatku yang imannya tinggi itu... Ibadatnya.....aku benar-benar cemburu akannya.. ya  ALLAH. Kau lembutkan hatiku untuk melakukan perkara- perkara Ibadat kepada-Mu... jagalah dan peliharalah diriku ini dari usikan syaitan dan hasutannya....

Amin....




“Bila diri asyik memikirkan dosa yang telah di perbuat. 
Lenyapkanlah dengan kebaikan agar amal kebaikan yang
dilakukan dapat menebus dosa. Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui hambaNya.”



Aku pun merasakan hal yang sama serba- sedikit kebelakangan ini. Suara itu tidak hadir bersamaku sudah sekian lama. Makin liat untuk berqiamulail, walaupun sudah bangun, tetapi tidak berganjak untuk bangun. Seakan dosa- dosaku tak dapat aku melaksanakannya walaupun telah bangun. Baru ke sedari, seakan aku jatuh cinta dan rindu pada tiraian iman malah menjadi hamba yang bertaqwa.

Aku pun sepertinya, banyaknya iman aku meningkat pabila menghadirkan diri ke halaqah. Tetapi bila halaqah tidak bersama denganku, aku masih sama seperti orang- orang yang biasa. Sedangkan aku bakal menjadi ahli agama.

 Ahli agama! Boleh saja digeruni oleh orang- orang awam. Bertudung litup labuh, memakai jubah,berkopiah dan tunduk ke bawah. Seolah hanya memandang bumi dan tanpa melihat orang sekeliling. Salahkah yang menunduk pandangan itu menundukkan pandangannya? Kenapa orang hanya terus menghukum tetapi tidak mengkaji? Keluhanku sebagai seorang ahli agama. Dan dalam qur’an pun ada sebut, baik lelaki mahupun perempuan, tundukkanlah pandanganmu.

Kalau boleh, aku hanya ingin menjadi ahli agama tetapi bukan menjadi seorang ustaz ataupun ustazah kerana ramai menganggap yang bertudung litup labuh dan berkopiah, orang terus je panggil ustaz dan ustazah. Seolah pakaian sebegitu hanya untuk ‘title’ ustaz atau ustazah yang murah nilai perspektifnya.

Sedangkan, bukan ustaz atau ustazah sahaja yang boleh berpakaian sebegitu kerana memang syarak yang tuntut yang bertetapan syariat aturkan. Aku nak bagitahu kat orang kafir, Islam itu aman dan mudah malah tidak menyusahkan tapi menjaga. Orang Islam boleh melakukan pelbagai dan bukan hanya pada satu bidang. Apa sahaja bidang yang dia inginkan selagi tak melanggar syariat bak buku indahnya hidup bersyariat.

Aku......mungkin sahaja orang awam.
Berpakaian sergam indah dan cantik dengan pelbagai ‘design’ bak Dato’ ustazah Siti Norbayah, tetapi aku bukan dia. Kerana aku bukan penceramah agama yang disegani sepertinya.

Aku juga seperti remaja yang lain. Suka berfesyen. Menutup aurat itu wajib hukumnya dan berfesyen itu harus. Tidak salah bila aku mengikuti perkembangan semasa asalkan menepati syariat. ‘trend’ semasa, maklumlah remaja. Semua nak cuba.

Tapi, yang penting tidak ketat, tidak jarang, labuh, longgar, menutupi tudung litup hingga ke paras dada dan yang penting tidak berkedut dan selekeh. Kerana Islam tak melarang untuk berfesyen asalkan tak bertabarruj (berlebih-lebihan dalam berhias). Pemakaian Islam itu pemakaian yang indah dan cantik- cantik yang Islam tetapkan.

Aku juga sama seperti keinginan remaja yang lain. ‘shopping’. Tapi, aku tak pergi berseorangan, aku ada keluarga dan kawan- kawan yang menemani aku. Kadang- kadang ‘window shopping’ pun jadilah sebab duit dah sengkek. Dan, bila waktu solat tiba tak akan dilupakan untuk solat dan berdoa  kepadaNya walaupun bershopping sakan. Ada juga peruntukannya. Kan setiap ‘shopping complex’ ada surau.

Zaman sekarang dah tak susah. Nak berjemaah dengan kawan- kawan pun boleh walaupun  surau itu ada kat dalam ‘shopping complex’. Sebabnya kita seorang muslim ada hak untuk melepak, tapi kita perlu ingat niat dan tujuan kita untuk apa.

 Walau zaman berubah, Islam tetap tak berubah dek zaman. Sungguh molek cara yang Islam ajar bagaimana hak berukhuwah dan melepak bagaimana serta hak untuk hati pun ada.

Sungguh, sampai ke tahap itu Islam ada sunnahnya (caranya) tersendiri yang cukup indah pada pandangan bagi orang yang benar- benar mengerti akan ia. Agama benarkan bukannya jumud (tertutup) yang di panggil ‘narrow minded’ dalam memelihara hak seorang muslim. Indahkan agama Islam praktikkan kepada seorang muslim.

Aku juga sama seperti remaja kat luar sana yang suka pada cabaran. Apa? Tudung labuh pun ber‘hiking’? panjat bukit, redah hutan, redah sungai. Itulah hobi sampinganku nak dapatkan suasana baru. Tak susah pun walaupun bertudung labuh. ‘hiking’ bukan sahaja boleh ber‘exercise’, tapi boleh ber‘research’. Nak tahu kenapa?

Sebab takjub dengan ciptaan Tuhan dengan tumbuh- tumbuhan dan kejadian alam. Lebih ‘gentle’ bila dapat ‘fresh air’ di puncak bukit pagi hari.





Merenungi langit seolah-olah melihat kekuasaan Allah
ketika berlakunya isra' mikraj kepada
 Nabiyullah sallallahu alaihi wassalam, Subhanallah!

Memandang tanah seolah-olah melihat kejadian manusia
pada asalnya dari sari pati tanah kepada diri yang merasa
 betapa kerdilnya diri, Alhamdulillah!

Menapak diri pada bumi seolah-olah  mengabdikan
diri kepadaNya andai hari esok sudah tiada
 lenyap di telan bumi, Lailaahaillallah!

Merindukan hirupan angin seolah-olah mendapat merasai
hembusan nafas kepada  sebuah kehidupan yang berdamping
 di singgah sana yang sementara, Allahuakbar!

Meresapi pada siang hari yang terik mentari melaksanakan
fardhu ain dan kifayah semata-mata tuntutan
sebagai khalifah di muka bumi, Syukurilah!



Teringat diriku semasa menjejakkan ke bumi Nilai, sebagai pelajar Centre  for Foundation Studies IIUM (Islamic International University Malaysia) kampus Nilai. Mengikuti satu tarbiah kerana tuntutan jiwa mahukan pendamping yang setia menemani pengajaran dan pembelajaran hidup. Maka suatu hari itu, aku mengikuti tarbiah yang bernama halaqah.

Kat UIA (Universiti Islam Antarabangsa) ni bukan sahaja bahasa melayu halaqahnya, tetapi dalam bahasa Inggeris pun ada jugak yang di panggil ‘study circle’ yang wajib kepada semua pelajar. Belajar dan memahami agama dalam bahasa Inggeris. Bukan perkara yang senang dengan istilah bahasa Inggerisnya.

Jangan anggap aku berlagak alim bahkan jangan menuding aku sebagai terroris kerana aku bukan mahu mencari nama. Tapi ini adalah satu tuntutan Islam yang perlu kepada tarbiyah. Biar semua orang Islam faham.

Masih segar dalam ingatanku lagi mengikuti tarbiyah yang bernama halaqah. Iftar jamai’e, tahsin qir’atul qur’an, qiamulail, riyadah, ta’lim terutamanya. Semuanya secara berjemaah dan bersama- sama. Ta’lim yang diadakan pada setiap rabu 2 kali sebulan. Penceramahnya seorang ustaz yang di segani iaitu al- fadhil ustaz Emran.

Treet..treet...treet........
Sedang aku teringat tarbiyah yang aku ikuti dan mencari nilai dakwah. Tidak semena- mena aku mendapat mesej pesanan ringkas dari kawanku.


--------------------------------------------sahabatku Darul Qur’an----------------------------------------
~soutul jumaat~
“ Engkau berdakwah bukan kerana engkau itu lebih baik atau lebih alim dari orang lain, tetapi kerana engkau terlalu perlukan rahmatNya”
Kata Al- Habib Umar al- Hafidz,seorang ulama’ terkemuka di Hadramaut,Yaman
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21/01/2011
02:27:58 pm

Jawapan yang terbaik untuk semua orang yang melalui liku dakwah dan inilah jawapan untuk orang yang bertanya, kenapa engkau berdakwah. Jari jemariku terlalu cepat mencari- cari jawapan. Kubuka laman portal kesukaanku, http://portalmurabbi.blogspot.com/. Agak tersentuh hatiku pabila ia berbicara mengenai dakwah. Dan bezanya antara pendakwah dengan bukan pendakwah. Selingan jujur mengakui dalam syukur di kalangan yang terpilih menanggung beban jihad. Pengakuan yang lahir dalam hatiku.


Satu Muhasabah Jujur dari dalam diriku. Bukan kerana apa, sebagai mutabaah bukan untuk diriku sahaja. Sudah pasti untuk setiap muslim di luar sana juga. Sama – sama dalam mengingati dan bermuhasabah bersama







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...