Thursday, December 23, 2010

Indahnya yang bernama sabar (episod 1)


         Assalamualaikum....salam sejahtera.....dalam lambaian yang penuh sukacita masih lagi di beri kemampuan untuk menghasilkan pembukaan tentang diri untk di tarbiyah dan di didik.   

                              
        

kawan2,
aku ingin menanya pada kalian yang cukup semua orang inginkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.




Mahukah menjadi sabar?
Tahukah kawan-kawan sekalian bahawa sabar itu indah???
Inginkah kawan-kawan menjadi seorang yang sabar dalam melayari kehidupan???

Mudah-mudahan kita berada dikalangan ahli(hati-hati yang sentiasa bersabar)…

Aminnnn…
Aku doakan untuk kalian semua.Moga kita menjadi orang yang sabar. Bukan sabar dalam hidup, iman, pelajaran, pekerjaan, tengah makan pun ada hak sabar. Setiap kesabaran itu mempunyai hak masing-masing. 

Aku doakan kalian bagi yang mecubanya dan dan mempertahankan nilai kesabaran itu.



Kerana apa aku mendoakan kalian semua???Kerana ternyata bahawa kedudukan seseorang yang sabar ditentukan oleh kualiti kesabarannya.


Kenapa aku berkata begitu??





Cuba kalian menengok sendiri antara orang yang sabar dengan orang yang tak sabar.Apa natijah(keputusan) akhirnya??

Kalian berfikir sendirilah.Sudah pasti kalian tahukan apa jawapannya.
Haaa…J.Kalian pasti sudah berfikir.Maka apa lagi….
Nak hasil yang baik kita perlu ada kesabaran.Jangan main-main tau dengan yang bernama sabar.Sabar itu air yang menyejukkan,manakala orang yang tak sabar itu api yang panas membara.Kamu sendiri yang tentukan apa yang kamu kehendaki.


Dan jika masih yang tidak memahami, aku akan berikan. Suatu saat kita menunggu kehadiran orang yang di tunggu-tunggu tak kunjung tiba, sudah berjam- jam kita menunggu, tapi tak kunjung tiba. Perasaan bercampur baur. Sebenarnya di situlah menuntut kepada kesabaran. 

Marahkan?
Geramkan?
Tak puas hatikan?
Gelisahkan?

cuba ganti dengan zikir-zikir, kalau tak pun layan je lagu sementara menunggu orang yang kita tunggu. Memang senang je cakap, cuba kita praktikan.

Gantikan sabar dengan pahala ganjaran menunggu ketibaan orang yang kita tunggu tu. 

Insyaallah,

kita pasti gembira bila orang itu hadir dan masa kita terisi daripada sia-sia melafazkan yang tak sepatutnya.

betul tak???

kalam dari Ilahi pun ada menyebut tentang sabar, bukan diriku yang menyatakan sahaja, tetapi al- qur'an pun dah termaktub.



Wallaahu ma’assoobirin…;dan Allah beserta orang yang yang sabar[QS:Al-Baqarah:249].


Wastai’inuu bisshabri wassolah……Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.[QS:Al-Baqarah:45]




Cuba perhatikan wahai kawan-kawanku sekalian…untung tak jadi orang yang bersabar???kamu sendirikan yang dah tahu jawapannya.


Sabar itu indah.
Sabar itu indah.
Sabar itu indah.
Kenapa dalam ayat al-qur’an ini menyebutkan dahulu tentang sabar dahulu,baru kepada solat???

Cuba kalian fikir…sama-sama kita berfikir.Dapat tak????









Jawapannya ialah kerana orang yang tidak sabar maka solatnya juga tidak akan khusyuk.Dengan automatiknya sepantas kilat pecutan seperti kereta Ferrari,orang yang sabar akan khusyuk dalam solatnya ketika beribadah.Nahh,itu dia jawapannya.


nantikan yang seterusnya............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...