Ku hulurkan pada sambutan awal dengan ucapan bismillahirrahmaanirrahim.......
Selembut marshmallow pada kunyahan
Melembutkan hati yang di pateri
Adunan iman dan amal yang di hasilkan
Mencambah pada sukatan iman pada hati.
Di sebuah perhentian di
muka bumi. Terlakar sebuah pentas yang menyaksikan persuratan yang memakmurkan dunia iaitu yang bernama
sang khalifah. Sang khalifah yang mentadbir perjalanan dunia. Menzahirkan kisah
maknawi memberi erti. Dalam tingkah melaksanakan sebuah kehidupan.
Pada sang diri
melakar jutaan rasa yang tak terhingga dalam mengayuh kehidupan. Menyuluh
kehidupan dengan acuan yang sahih dalam melaksanakan hidup. Berpaksikan al- qur'an dan as- sunnah.
Kita manusia. Kita hamba Allah. Kita ummat Nabi Muhammad. Kita umat
akhir zaman.
Persyaratan sebagai
hamba. Ikutilah suruhanKu, tinggalkanlah laranganKu. Dalam naungan redha Allah,
pautannya mengikut sunnahNya ( caranya) dengan melakukan amal soleh.
Yang sukar di teladani
dengan istiqamah. Mencuba. Seringkali tersasar. Walau seringkali tersasar, tak
pernah putus asa sentiasa mencuba. Lelah, penat. Lumrah dalam pentas untuk
meraih perjuangan yang tercinta. Pentas yang di lalui berliku dan penuh dusta.
Dari manusia yang berjuta yang punya
pelbagai corak langkah yang menghayunkan pentas. Yang baik, yang alim,
yang jahat, yang dhaif, yang naif, yang jujur, yang kepura- puraan. Semuanya
ada.
Hanya kita. Ya, hanya kita!
Yang berhak memilih jalan
pementasan mana yang kita mahukan. Mahukan dalam keadaan amal soleh atau dalam
keadaan amal korih. Kita yang menentukan jalan pentas yang kita jalani.
Berbuat baik atau
melakukan maksiat. Kita yang laksanakan. Terserah.
Tetapi, dalam intipati
yang paling dalam setiap muslim. Setiap orang Islam dari sudut benak yang
paling mendalam punya iman. Iman yang
kukuh. Samada naik atau turun sahaja imannya dalam langkah pentas yang
berjalan itu.
Ya, sudah lama bersemayam dalam diri seorang muslim. Tak kira dia
baik atau jahat. Ianya telah lama terpahat. Cuma bertanya pada diri sahaja.
Apa yang kita mahu??
Dunia atau akhirat?
Dunia sahaja tanpa akhirat?
Akhirat sahaja tanpa dunia?
Atau kedua- duanya, dunia dan akhirat.
Sentuhan nubari yang di kasihi. Anjurkanlah diri setiap muslim.
Letakkan dunia di tangan. Bukan pada genggaman. Hanya sentuhan
tangan yang melaksanakan. Dan letakkanlah akhirat di hatimu. Di setiap pelosok
hatimu.
Suka sekali memberi irama wasiat dari para alim ulama', Syeikh Abdul
Qadir al- Jailani:
Wahai hamba…..!
Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat. Jadikanlah kedua- duanya
dalam wadah yang sama, dan menyendirilah di hadapan TuhanMu Yang Maha Perkasa
lagi Maha Agung, dengan hati yang kosong, tanpa dunia dan akhirat. Janganlah
engkau menghadap kepada- Nya, kecuali engkau telah menepikan semua yang datang
selain daripadaNya. Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluk, sementara
engkau terjauh dari Khaliq ( pencipta ). Putuskanlah semua sebab ini dan
cabutlah semua halangan ini. Jika telah memungkinkan, jadikanlah dunia untuk
jiwamu, akhirat untuk hatimu dan Tuhan untuk batinmu.
Wallahua'lam bissawab. Wassalam.
Sebuah pentas yang bernama bumi.
Penduduknya
makhluk Allah
yang terdiri dari manusia, haiwan
dan tumbuhan.
Bersama- sama melayari kehidupan.
Alangkah bertuahnya yang bernama manusia
makhluk
teristimewa di muka bumi
yang mempunyai akal dari makhluk
yang lain.
Makhluk yang paling sempurna di
ciptakan Allah.
No comments:
Post a Comment