"Aku CINTA Padamu Ya Rasulullah"
Wahai purnama yang indah,
Benderang tanah suci saat kelahiranmu,
Engkau kekasih Allah yang di cinta,
Lahirmu membawa utusan risalah kebenaran.
Subhanallah duhai khotam Nubuwwah,
Nabiyuna Nabi Muhammad...ya syariful insan fid dunia.
Lahirmu khotimul anbiya’ membawa
risalah utusan yang teragung. Yang punya singkapan tabir yang sungguh sempurna.
Lahirmu lahirnya kegembiraan dan kesempurnaan dalam memenuhi syariat dan
sunnah(cara hidup). Engkau risalah yang benar yang di pilih Allah dan mengikuti
tingkahmu dan tuturmu serta akhlakmu adalah syafaat bagi umatmu di akhir zaman
ini. ALLAH, ALLAH, SUBHANALLAH. Engkau penyeri gema alam
pengakhir untuk syafaat menuju ke alam baqa’. Ma ajmala nubuwwah! Sungguh
indah perhiasan yang telah Allah tetapkan untuk kita wahai umat akhir zaman!
tidakkah kalian merasakannya?
Pejamkan matamu, katakan pada hati
dialah risalah yang benar untuk kita. Dialah junjungan yang Agung bagi kita
sebagai idola. Maka ikutilah dia dari segenap aspek. Hayati akan ia. Bisikkan
pada hatimu. Maka berselawatlah. Moga syafaat mengiringi kalian.
Allahumma solli ‘ala sayyidi na muhammad
waa’la alihi waohbihi wasallam wabaarik ‘alaih,
Ucapan salam cintaku
padamu ya Habibullah,
Salam sejahtera
ucapanku padamu duhai kekasih yang ku cinta. Merdu enak dalam lantunan bait
yang menghuraikan lenggokan yang indah. Ucapan qudus qasidah nurani/nubari ku
persembahkan cintaku padamu Ya Rasulullah.
Salam sejahtera ke atasmu, wahai perhiasan
para nabi !
Salam sejahtera ke atasmu, wahai insan yang
terpilih !
Salam sejahtera ke atasmu, wahai insan yang
paling suci !
Salam sejahtera ke atasmu, daripada Tuhan
pentadbir langit!
Salam sejahtera ke atasmu, insan terbaik yang
terunggul !
Salam sejahtera ke atasmu, wahai sebaik- baik
makhluk !
Salam sejahtera ke atasmu ! salam sejahtera ke
atasmu !
Lama sudah aku menanggung rindu,
Lama kita tunggu akan ketibaan nabi. Tibanya adalah anugerah Allah dengan hadirnya
insan mulia ini di dunia menanti syafaatnya hadir bersama kita walau tiada
jasad menerpa di dalam dunia kita hari ini. Yang tinggal hanya ucapannya dalam
kitab dan mengamalkan sunnahnya. Iaitu dengan cara yang mudah tanpa bayaran
dengan hanya sekadar berselawat. Subhanallah. Adilkan Tuhan pada
kita walau tiada jasad al-amin di depan kita? Sewaktu
di hari- hari biasa kita selawat lalu selawat yang kita ucapkan itu malaikat sampaikan
kepada Nabi Muhammad. Tetapi pada malam jumaat dan hari jumaat kita berselawat kepadanya
maka roh nabi hadir bersama- bersama kita.
Wahai cahaya alam yang indah,
Apabila tiadanya nur nabi muhammad maka tiada
cahaya yang indah di muka bumi ini. Dialah(Nabi Muhammad) cahaya penyuluh
yang indah di atas muka bumi ini di akhir zaman. Penerang segala alam
dengan gemaan ikutannya mematuhi syariat Ilahi. Gemaan yang tertakluk di dalam
sentuhan firmannya :-
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar
kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (QS: al-Imran:31)
Serta aku menyeru, wahai Nabi,
Tanda kita cinta nabi adalah dengan tidak
kedekut berselawat kepadanya dan mengamalkan sunnahnya. Tidak di kira banyak
berselawat kepadaku melainkan dengan sebanyak 300 kali barulah di kira banyak
akan berselawat akanku. Tanda cinta kalian padaku. Duhai Nabiyuna, engkau
cinta yang teragung dalam sejarah lipatan manusia. Kecintaan kita pada
Rasulullahu a’laihi wasallam adalah tuntutan dan perintah agama. Cara kita
mengekspresikan cinta kita pada Nabi adalah dengan tulus. Bukan semberono.
Tanda kita cintanya adalah dengan tulus ikhlas padanya agar syafaat untuk kelak
mengiringi kita.
Wahai punca ilmu yang pemurah,
Wahai punca ilmu yang pemurah. Nabi ini adalah
gedung dan syariat yang mudah dan sewaktu ditujukan soalan mudah menjawab.
Engkau di utus di muka bumi ini dengan menyempurnakan kemuliaan akhlak. Allahuakbar.
Akhlakmu adalah akhlak qur’an. Kehadiran kita di Majlis Rasul bukan hanya
semata- mata untuk mengingati Baginda s.a.w tetapi lebih dari itu ! iaitu
belajar berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. Mari kita sama- sama
menilai diri kita sendiri begitu juga diriku bukan menilai orang lain. Sekarang
ini dan di sini. Sudahkah aku berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. ?
Bertemu dan bergaullah dengan kemanisan akhlak
dan berpisahlah dengan kemuliaan akhlak.
Akukah pencinta KekasihMu
ya Allah?
Saat jiwa hidup dengan makrifat cinta
padamu ya Habibullah. Sering acapkali aku bertanya pada diri. Benarkah aku
memaknakan diriku mencintaimu ya Habibullah?
Ku pejam mata menghurai takwilan cinta
padamu ya Rasulullah dengan mempelajari menghidupkan sunnahmu. Sunnah yang ku
pelajari penuh dengan keberkatannya. Terasa akannya meresapi tingkah seharian
walaupun dengan memulakan niat di permulaan hari. “Sahaja aku memulakan hidup
hari ini dengan memulakan barisan sebelah kanan anggota badanku kerana mengikut
sunnah nabi ” . Ia sunnah maka niatlah sunnah. Subhanallah.
Nikmatnya terasa dalam berkahnya hidup dalam asakan globalisasi marcapada ini. Di
saat yang lain mengejar habuan dunia, di situ terdapat habuan syafaat. Habuan
syafaat yang percuma tanpa nilai wang tetapi nilainya di sisi Allah. Satu
persatu kuhulurkan diri memakrifatkan cinta Nabi. Menghidupkan sunnah pada
perut yang manghayun tingkah sehari- sehari dalam kehidupan.
Perintah Memuliakan Sunnah,
No comments:
Post a Comment