CERPEN
GEN NOBEL KAHFI 2
Oleh Nurul Adibah Rahmat
Berdakwah itu,
Bukan sahaja yang bercakap kat depan tv je,
Atau jadi ustaz ustazah je.
Nasihat kawan pun dakwah.
Jangan orang salah faham,
Dakwah banyak ‘meaningnya’.
Dakwah menyeru kebaikan.
Apa sahaja bentuk kebaikan yang di lakukan.
Ya...betul,
Tapi jangan terlalu ‘bias’ dan prejudis,
Jangan terlalu memandang sinis,
Terhadap pendakwah.
Dia sama seperti yang lain,
Doktor, engineer, guru, arkitek,
Sama je...
Cuma gerak kerja yang berlainan.
Fahamkan!
Nilai seorang pendakwah,
Adalah yang mantap pegangan mutaba’ah dirinya,
Yang di nilai dari segenap kebaikan.
Tetapi,
Jangan lupa seorang pendakwah juga.
Seorang manusia yang punya kelebihan dan kekurangan.
Orang lain,
Hanya memandang bila kesilapan,
Terus ‘judge’ tanpa usul periksa.
Alahai......sampai bila akan terperap?
Bukalah pandangan mata hati,
Pandangan hati sebagai manusia,
Yang tak pernah lepas dari kesilapan.
Salahkah?
Aku hanya berbicara,
Luahan hati seorang ahli agama.
Orang beragama dan ahli agama tak sama.
Sama juga orang yang beriman dan yang bertaqwa.
Kenapa?
Orang beragama melaksanakan kewajipan yang teras.
Tetapi,
Orang ahli agama sudah tentu beragama kerana mereka
Melaksanakan lebih dari itu untuk mengajarinya pula
dan pertanggungjawabannya besar.
Sama juga orang yang beriman belum tentu bertaqwa.
Tetapi,
Orang yang bertaqwa sudah tentu beriman kerana untuk mencapai
Tahap taqwa adalah orang yang beriman.
Itulah beza pendakwah dengan orang biasa.
Gerak nilaian mereka berbeza.
Tetapi pendakwah dan orang biasa.
Tetap sama sebagai manusia
Dan hamba Allah!